Isnin, 30 Mei 2011

peace.

selamat bernikah pada semua. selamat bercuti pada semua pelajar pelajar sekolah.

cuti enam bulan bukan untuk di sia-siakan. nampaknya aku macam menyia-yiakan cuti enam bulan dengan menjalar. sekali sekala keluar bersama kengkawan, aku hanya mewah pada cukup bulan, sumbang ikhlas akak abang. alhamdulillah.

oh ya kehidupan semakin kurang memberangsangkan. nilai twettan aku sudah mencecah 5570.
banyak bukan? semenjak dikurniakan dengan blackberry oleh kakak tercinta, twitter seperti diara hidup. eh silap bukan diari. tempat untuk aku melemparkan pandangan. kadangkala memaki manusia tanpa me-mention nama mereka dan meletakkan simbol hashtag! seperti ini

#ehterasake

seronok! tapi lama kelamaan ada rasa macam annoyed jugalah. nak nak bila baca tweetan orang yang agak poyos. haaa cepat je aku golek track ball tekan butang unfollow. habis cerita.

oh keputusan kemasukkan ke UiTM ambilan september belum keluar.
begitu juga dengan keputusan MUET. oh myyyy! berdebarnya rasa hati
nak runtuh dah rasanya dada, sebab berdebar sangat.
kalau boleh nak juga buat BLS. kalau tak dapat, apa apa pun boleh asalkan aku dapat ijazah. hihi *gelak comel*

sebenarnya sampai la nieh aku tak percaya yang aku tak usah repeat paper law3. *clap*
yelah serius masa buat law3 ritu macam tahi apa yang aku tulis.
apa apa pun syukur alhamdulillah.

p/s:baru balik dari kelantan. sepupu aku yang bercinta selama lapan tahun dengan teman hati akhirnya kahwin juga, tahniah! ok serius aku rasa nak muntah naik kereta ke kelantan! sesiapa yang dapat calon isteri/suami dari kelantan bersedialah mental dan fizikal untuk memandu ke kelantan! aku pening kepala duduk lelama. ikut gua musang gerik kuala terengganu? ah semuanya sama. sekurang-kurangnya enam jam masa sehari kau dihabiskan dalam kereta. aaaaaa.

selamat bercuti. gambar ke indon sampai sekarang tak upload lagi. aaa malaslah nak upload. sebab sekarang aku rasa semuanya macam shit. ok sambung tweet balik. bye. PEACE!

Tiada ulasan: