Rabu, 8 Jun 2011

stay true.

"Abah sedangku membaca wajahmu, senyumanmu mengambarkan sesuatu, sesuatu  yang tidak akan
aku lupakan dalam sepanjang perjalanan hidupku. "
sudah tiga tahun berlalu. tetapi setiap detik bersama Abah di sisa-sisa hidupnya adalah hari terbaik dan teragung yang pernah aku rasakan. ingatan tentang abah masih kuat berada di benak. Abah dan emak terima kasih sebab bawa aku ke dunia. Abah kalau abah masih ada disini, adik sesekali tidak akan mungkin berani menulis seperti ini. tapi entah mengapa pada malam ini. jari jari gergasi ini berani menaip. menitipkan kata indah tentang seorang insan bernama abah.

lihat gambar di atas?

rare.!
bagi aku. tapi bagi kau? mungkin gambar biasa yang menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur menegur kawannya di hari besar anak gadisnya. duduk tersedam menanti ketibaan tetamu. tetapi jauh dalam pandangan matanya tidak akan kau tahu apa yang sedang difikirkannya.

tapi tidak bagi aku. gambar ini ditangkap pada jam jam akhir sebelum abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. malaikat sudah memanggil beliau sebagai seorang "allahyarham" tiga bulan sebelum ajal datang menjemput. tapi kala ini, masih seorang insan rambut beruban aku panggil abah. sebelum aku harus akur pada esoknya abah telah pergi. Allah telah memanggil beliau ke perjalanan abadi. malaikat telah mencabut nyawa beliau setengah jam setelah azan subuh dilaungkan. dan pada masa itu juga abah telah meninggalkan aku emak abang dan kakak. oh ya tidak lupa abang ipar yang baru sehari menjadi ahli dalam keluarga kami.

saat itu dunia agak kelam. walaupun berjuta air mata tangisan kami kumpulkan bersama. Abah tetap pergi. tiada apa yang boleh menghalang dan memanggil abah pulang kepada kami semula. abah pergi. tubuhnya terkujur kaku dia atas katil wayar berselirat. aku pegang kaki abah. sejuk. aku paling pada doktor. mengeleng doktor wanita tersebut. kelam. kabut. gusar. takut. semua perasaan bermain di dalam satu, abah masih di situ terbujur kaku sudah tidak bernyawa....

"adik, akak minta maaf. akak sudah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan ayah adik...tapi Allah lebih sayangkan dia. akak minta maaf. moga adik sekeluarga tabah. akak mendoakan yang terbaik untuk segalanya."

aku terdiam. tidak semena-mena aku bersuara.

"abah saya sudah tiada kak?"

doktor tersebut tidak mengeluarkan suara. diam. bunyi mesin penyambung nyawa dan tangisan dan esakan memenuhi segenap ruangan bilik icu.ccu. pertanyaan aku masih tidak berbalas, aku masih menanti. akhirnya  kerdipan mata sayu menjadi jawapan bagi soalan yang pendek itu. tubuhku seakan melayang.

aku masih di awangan. abah tidak mungkin telah pergi, tidak!!!!. emak kakak dan abang sudah teresak di belah sana, wan dan mak long juga begitu. aku cuba menahan sebak, tapi aku tidak kuat, tangisan menjadi peneman dikala aku memegang kaki abah. sejuk. aku lihat meter menunjukkan garis lurus. bunyi mesin tersebut sangat mengerikan. sangat mengacaukan, sangat menjengkelkan. bunyi tersebut sehingga kini masih terngiang-ngiang menghantui benakku. aku lihat tekanan darah abah semakin kurang. aku pasti jantungnya sudah hilang degupannya, yang tinggal hanyalah aliran darah yang memaksa keringat terakhir zarah-zarahnya untuk bergerak ke seluruh badan. akhirnya mereka harus akur. dari 12 ke 10. dari 10 ke 5 dan akhirnya 0.

dunia kelam. dunia gelap. kami sudah hilang masa depan. kami sudah hilang abah...

abah sudah pergi.
dan abah tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

kini sudah tiga tahun masa berlalu,
6.7.08 menjadi tarikh yang tidak akan aku lupakan.
aku sayang abah. semua anak abah sayang sangat akan abah
kalau abah masih ada mesti seronok kami bersama. tapi apakan daya aku tidak boleh melawan takdir. aku tidak boleh melawan ketentuan illahi. Aku redha. aku tabah. aku sabar. aku akur.
abah telah pergi. abah sudah tiada.


aku rindu lawak abah
aku rindu abah. aku kesemuanya tentang beliau.

dah lama aku tidak saji abah dengan bacaan ayat ayat suci al-quran. aku tahu dengan doa tidak mencukupi. aku telah jauh. aku semkin jauh. aku perlu kembali. demi abah. demi mak.

aku semakin jauh
aku tidak tahu mengapa. aku rasa aku semakin terambau-ambau dalam dunia yang tidak sepatutnya aku berada.
aku mahu lari, aku mahu pergi jauh, aku tidak mahu kembali lagi kalau boleh.
tapi aku tak boleh lari dari realiti. sebab aku hidup dalam dunia sebenar, aku harus berhadapan dengan semua,
aku semakin jauh dari wawasan hidup aku
aku harus kembali berlari mendapatkannya kembali

hari ayah sudah dekat. tidak lama sahaja lagi. jeles aku tengok kawan kawan lain yang masih punya abah. pasti makan malam istimewa menjadi santapan pada hari tersebut. tidak juga sambutan kecil-kecilan. walaupun sepanjang abah hidup, kami tidak pernah menyambut hari ayah...tapi kadangkala teringin juga mengucapkan selamat hari ayah dan terima kasih atas segalanya. tapi itu hanya angan-angan. abah dah pergi. abah dah tiada, hanya ucapan dilepaskan dan dibawa ke mana hala tuju yang tidak pasti oleh sang bayu.

aku rindu abah.
aku sayang abah.
aku nak peluk abah.

hanya gambar. kenangan ketika kami bersama. serta memori indah yang menjadi pengubat rindu aku pada abah.
itu sahaja yang mampu membunuh perasaan rindu aku pada abah, itu sahaja yang membuatkan aku kembali sekiranya tanpa aku sedar, aku semakin jauh dari dunia sebenar.

kau masih punya abah?

jika ya. jangan kau sia-siakan peluang yang ada ketika bersama abah.
peluklah mereka se erat yang mungkin. ciumlah pipi mereka seboleh mana yang mungkin.
salamlah mereka semampu mana yang mungkin.

tidak kiralah jika kau panggil dia sebagai Abah, Ayah, Baba, Daddy, Papa, Father, Walid dan sebagainya. tapi yang pasti dalam dunia ini kau hanya punya satu Abah. seorang lelaki yang sebenar-benarnya hero kau.

kerana selepas abah pergi...........tangisan yang berjuta tidak mungkin akan sesekali mampu membuat mereka kembali. tidak akan sesekali mampu menebus segala penyesalan kau. kau menangislah air mata darah sekalipun, masih ayah kau tetap pergi.

mati itu pasti.
mati itu dekat dengan kita.

selamat hari ayah, Abah
semoga berbahagia kau di alam sana.
al-fatihah.

"I talk and talk and talk, and I haven't taught people in 50 years what my father taught by example in one week."
-Mario Cuomo-


"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 



aku harus kembali. 

2 ulasan:

shy.dahalan berkata...

ini sedyh

ainah hania berkata...

hamdan...
sedeh babe bace...moga arwah bersama2 orang yang soleh dan diredhai Allah...aminn...