minta maaf.
aku semakin lupa diri.
minta maaf aku semakin mementingkan diri sendiri.
minta maaf...aku tidak bisa lagi bergelak tawa seperti dulu lagi.
minta maaf...jika aku ini menyusahkan.
minta maaf...jika aku menyakitkan.
minta maaf...jika aku ini menjengkelkan.
minta maaf...kerana mungkin aku punca bagi segalanya.
aku bermohon maaf pada tuhan
aku bermohon maaf pada manusia
aku bermohon maaf pada semua
agar maaf yang dipohon diterima
agar maaf yang diungkapkan diterima
agar maaf diterima dengan ikhlas
yang benar dan pasti aku minta maaf pada semua.
aku berlari kehujung kepangkal
aku mencari dimana diri yang sebenar
mungkin aku bukan lagi berada di dunia yang nyata
apa yang aku pinta dan inginkan agar semua ini hanyalah mimpi semata-mata
mimpi yang sementara membawa kisah luka yang sebentar.
bila aku terjaga semula.
dunia kembali seperti biasa.
kembali seperti yang aku impikan
aku bualkan dan bicarakan.
aku mahu dunia seperti yang aku impikan.
aku mahu gelak tawa yang dulu
aku mahukan sesuatu yang dulu.
kalau boleh aku tidak mahu toleh kehadapan
kerana kehidupan dulu adalah jauh lebih indah dari ini
jauh lebih bahagia
jauh lebih banyak gelak dan tawa.
selamat malam bumi bertuah. semoga kita kembali bergelak tawa seperti sedia kala
itu sahaja yang aku impikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan