Ahad, 20 Disember 2009

a piece of my own

aku rasa agak menjengkelkam sekarang
cuba lari untuk semua
maksud aku semua
biar perasaan ini mengawal diri aku
biar. aku tak da orang yang boleh aku cerita masalah aku
serius tak de.
ainah sangat sibuk untuk ups-nya
aku harap kau berjaya masuk usm kelak ainah
kau ingat lagi tak?
kita pernah janji nak masuk usm sama-sama amik geologikan
aku rasa kau pasti melakukannya
aku dah jauh dari trak sudah ainah
sains sememangnya bukan pangkal dalam hidup aku
aku cuba untuk mencintai benda yang kita pernah buat bersama
nampaknya aku tidak boleh melakukannya
otak aku tak saintifik macam kau ainah
aku bangga ada kawan macam kau
walaupun kita dah kurang berbicara sekarang..tapi aku tahu kau masih ada bersama-sama aku
kaulah the biggest supporter.
ingat tak kita pernah nangis sama-sama,bila ustaz cerita pasal pengorbanan kita.
mula-mula kau yang nangis.
aku tenangkan. tak semena-mena aku pun turut menangis sama. sebab teringat akan perkara durhaka yang pernah aku lakukan kepada mak dan ayah aku.
aku rindu zaman sekolah!
ingat tak masa nak pindah. kau sanggup bersalam dengan aku. aku tahu kau kuat agama tapi sebab persahabatan kau langgar semuanya.
aku rasa sangat terharu.
masa aku pindah sekolah nak kemas barang bawah meja. kaulah yang tolong aku.
kau tuliskan surat untuk aku
sampai sekarang aku simpan. aku takkan buang kertas tu. walaupun yang lain bagi juga. tapi sedikit coretan hati pada kau sangat berharga.
kaulah sahabat dikala aku dalam keadaan duka.
kaulah sahabat yang selalu menasihati aku supaya tabah menghadapi semua ujian.

*serius aku sedang menangis bila mengarang benda ini,serius bai*

kau jugalah tempat aku mengadu aku mental, emosi dan bla2
aku tahu kau juga ada masalah. tapi aku selalu tak menhiraukan kau
aku sangat tidak bertimbang rasa ainah.
aku minta maaf
aku seharusnya cuba menjadi kawan yang terbaik untuk kau dan semua
tapi memang terbukti. aku bukanlah kawan yang hebat seperti kau.
aku runsing kenapa aku jadi begini.
aku kecil hati jika kau tidak wish aku pada hari lahir lepas.
tapi kau tidak pernah berkecil hati bila aku lupa wish kau pada hari lahir.
tapi aku tahu dalam hati kau, kau sangat berkecil hati dengan semua itu.
tapi kau selalu berlakon yang ini bukan masalah besar.
kau selalu bagi kad-kad comel bagi setiap hari lahir mahu tika kita mahu menghadapi periksa-periksa besar, kau buat kad yang bermacam2 rupa dan bentuk. kau coretkan kata-kata semangat yang mampu buat aku mendapat A dalam peperiksaan tersebut. kau lakukan semuanya kerana sahabat!
tapi aku......
sekadar mesej berbunyi

"ainah good luck untuk exam esok! kita sama-sama melakukan yang terbaik ok.",

sungguh tidak murni aku.
kalau aku dapat ulang masa persekolah kita
serius aku betulkan semua,semua kesalahan aku yang lampau
jika aku dapat ulang waktu remaja kita, serius aku akan ajak kita semua bersama-sama mencoretkan sedikit zaman keriangan sahabat dalam persahabatan kita semua.
masa ayah aku meninggal.
kaulah kawan yang selalu memesej aku. bertanya akan khabar aku.
kaulah juga kawan bagi menjawab persoalan tidak logik aku.
aku rindu zaman kita dulu ainah.
aku manusia kau juga manusia. aku lelakii dan kau juga wanita. kita kawan sekelas. tapi kita tetap kawan selamanya. dalam hati kecil aku ingin aku luahkan:

AINAH TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA! AKU YAKIN KAU PASTI AKAN JADI AHLI GEOLOGI YANG BERJAYA. KAULAH KAWAN TERBAIK YANG PERNAH AKU JUMPA. TIADA SEBAB UNTUK AKU LUPAKAN KAU DALAM HIDUP AKU. SERIUS AKU RINDU GILA SAMA KAU.

*aku perlukan masa untuk bersendirian,walaupun aku tahu ini bukan jalan yang tepat untuk diteruskan. tapi benar kadangkala bersendirian dapat membuka dan memunasabah diri kita sendiri.*

kepada kawan-kawan lain.

terutamanya 4KEJORA DAN 5KEJORA 2008-2009!(terima kasih banyak-banyak!)
dan 5GIGIH 2009(terima kasih atas persahabatan anda yang sangat ikhlas dan telus.)
KOLEJ MATRIKULASI PERAK(budi baik anda tidak akan aku lupakan selama-lamanya!)
UiTM KEDAH(kamu semua sangat baik. cuma aku sedikit emosional kebelakangan ini. 2 3 hari nanti oklah aku rasa.)


BITCHY MODE DEACTIVATED!


4 ulasan:

Idy Saha berkata...

rileks yer hamdan..

a best friend mmg ssah nk dicari n nk dijmpa.. People changed n hipokrit.
Stay strong. I nid to do the same too.

U will be great. Believe in urself k.

P/S: Lepak ah kat bilik ak apa2.. huhu

hmdnzr berkata...

bahahahaha
nanti ada masa aku datang lepak bilik kau.

Nazifah Nordin berkata...

don't worry hamdan ktorg kn ade..

Tanpa Nama berkata...

ngade2 je hamdan ni..
bahahahaha