Jumaat, 19 Februari 2010

blogger buzz.

ini bukan celebrity buzz. tapi buzz dekat pipi anda adalah! heeeee
hari ini kuiz berjalan dengan lancar. walaupun aku terpaksa merayu dengan nisah menginginkan masa tambahan sebanyak lima minit sahaja.
selepas tawar menawar manja dengan madam. maka kami pun diberi 3 minit masa tambahan. oklahkan.
aku kalau nak letak noktah pun memerlukan masa 2 saat. apatah lagi kalau mahu menghabiskan satu perenggan berkaitan tugas YDPA di Malaysia.
secara totalnya aku memerlukan 3 minit untuk berbuat demikian.

seperti yang dijangka.
insan yang ditunggu-tunggu hadir juga untuk menduduki kuiz.
kenapa dia harus senyum selalu?
cair hatiku ini bak diselar panasnya sinaran sang mentari.
setiap kali memandang wajahmu hati ini bedegup-degup laju.
kalau aku lemah semangat mahu luruh dan terjelepok jatuh di situ juga hendak.

peluang untuk memandang sekilas dua, dijadikan kenangan begitu berharga.
mana boleh selalu an. nanti kalau terperasan sudah tidak indah lagi dunia ini.
heeeeeeeeeee
tak perasan seat sebelah anda kosong tadi.
kenapa tidak sahaja aku menawarkan diri sendiri untuk duduk di sebelah anda?
oh, celaka! perasaan malu mencengkam hati ini. tidak apa-apalahkan. asalkan kita menduduki kuiz di dewan kuliah yang sama dan aku dapat memandang wajahmu sekali dua itupun sudah cukup memadai.
saya harus lihat anda lagi.

tadi pergi tengok cerita wolfman.
aku agak terkesima bila naik lif tadi.
ada sepasang teman "lelaki" dan wanita menaiki lif bersama kami.
sorang bertudung. sorang lagi persis jantan dah. tapi still tidak dapat tutup semua. masih ada yang masih jelas dari pandangan mata.=.=
agak sadis di situ.
memakai tudung. tapi tak tahulah entah mengapa lain pula seleranya.
dunia sudah semakin terbalik.
dan manusia semakin membawa jauh diri mereka dari lumrah kehidupan.
aku masih ingat semasa aku sedang menonton pentomin hari itu.
mereka bilang dunia ini sementara. sementarakan jadi mereka mahu eksperimen semua.

macam dalam salah satu dialog dalam filem "SYURGA CINTA"
muda-muda ini kita enjoy.
bila dah tua nanti kita buatlah haji, kita bertaubat, kita bersedekah!
gerenti masuk syurga!

itupun kalau sempat untuk kita melakukan semuanya itukan.
aku tersentak juga masa menulis entry kali ini.
aku pun tak bagus. selalu juga buat dosa-dosa kering.
haish......
aku mengharap proses penyucian jiwa,hati,minda dan sifat aku ini berlaku secara berterusan dan total.
baiklah fahmi. nanti masa minggu exam nanti saya ikut anda berpuasa ya.
jangan lupa study group kita.



p/s=dah angau sangat! aku nak berubah, cinta dalam diam sampai bila-bila. bila dah masuk shah alam baru aku cuba mendekati si dia. heeeeee

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sila conffes sahaja

Tanpa Nama berkata...

salah eja. CONFESS

Nur Hanisah berkata...

hamdan...
masa x panjang...
shah alam tu besar...
ko ingat ko boley jumpe die senang2..
klo x jmpe cne??
dekati die dr skrg la wey..
tp jgn confess lg...
little by little..
step by step...
jgn drastik sgt..tgk respon die dlu cne..okey?

hmdnzr berkata...

hahahahah
kan aku dah cakap
aku nak jadi macam lelaki dalam filem itu
aku tak rasa dia ada perasaan kat aku
macam aku ada perasaan kat dia.
siapalah aku, just a goofy dude.
heeeeee
kak ili. thankssss!!!!!!