Jumaat, 5 Februari 2010

erm tidak tahu.

satu masa dahulu aku suka jadi seorang yang agak gila-gila
kadangkala aku merasakan diri aku sudah mental
sudah suki sudah semua makan dan minum aku di sini
cukup aku khabarkan di sini yang aku semakin gemuk
melakukan aktiviti yang berkinja di atas padang sesungguhnya bukan diriku yang sebenar
pasif itu aku, dan aktif itu adalah orang lain

erm
bagaimana aku mahu gambarkan keadaan duduk di asrama.
kali pertamalah dikatakan. bila duduk asrama terus dapat yang super duper jauh. haish. -.-
apa punya hiduplah. naik bas nak balik ke seremban sahaja sudah memakan masa selama enam jam
aku pun tak tahu berapa kali bontot aku ini cramped dan rigid semula.

aku tak suka merungut kadangkala.
kenapa kedah ini sangat pansa?
haish.
panas sial. mahu hitam macam nelly furtado aku kalau setiap hari berjemur. huh. harap mendung pada petang ini akan terbawa-bawa sampai ke hari yang seterusnya

aku dapat rasakan, yang aku dah tak seceria dulu. ok tahap homesick memang ke tahap infiniti. mungkin aku perlukan masa keseorangan. berkongsi masalah dengan orang?kadangkala aku mahu katakan ya. tetapi kadangkala mungkin tidak.
aku punya lima jari
satu jari aku guna untuk melepaskan kemarahan. dulu aku selalu guna jari tu.
nak-nak bila ada orang panggil
weih, gemuk pink!
memang aku amat mesra untuk mengeluarkan jari itu.
peramah bukan?
tapi aku rasa kini aku sudah semakin tak kisah dengan apa orang kata. ah peduli haprak sama dia. bukan dia yang bagi duit aku makan.

ok. playlist ipod aku semakin membosankan. aku tak tahu apa yang sudah terjadi komputer aku nieh. tak boleh nak detect. nasib-nasib.

aku sudah tak tahu apa yang terjadi dengan malaysia.
aku rasa pemimpin masa depan semakin ramai di tempat aku belajar ini
hendak semenjak keluarnya qoutations
"can i **** you today?"
apa neraka la weih?
aku tak nak menyuarakan apa pendapat aku dekat sini
sebab aku bukan jenis yang radikal tentang isu-isu politik
cukup aku sekadar tahu
negara kita masih aman. negara kita semakin maju. dan ibu bapa kita semua dapat gaji@pencen bulan-bulan.
cukup! jangan sampai kebajikan kita dilupakan sudahlah.
owh ya.
mak aku dah didik dari kecil undi dacing.
aku tahu yang dacing itu ada masalah itu ini.
erm. tapi aku still dengan dacing. sebab dacing best. ok sudah!(tegas)
dengan perubahan?
aku rasa tak pasti. kau mahukan perubahan? kau tak rasa samar-samar ke?
jadikan sebuah negeri di utara sebagai contoh. kau mahukan perubahan? itulah jadinya.
ok aku malas nak komen pasal itu. aku suka dacing.
hidup dacing selamanya.
negara kita ada undang-undang bukan?
jadi biarlah undang-undang yang menentukan semua.

ingin aku tekankan dekat sini
aku adalah seorang individu.
aku tahu apa yang betul dan apa yang salah.
aku seorang individu dengan pandangan, visi, cita-cita dan masa depan yang tersendiri.
dan ya.
selamat berjuang menjadi pemimpin masa depan.
aku tidak radikal, aku tidak natural.
tapi aku SETIA.
sekian.

cepatlah hari rabu weih. tak sabar nak guling2 dalam rumah.

kak ijah nak kasut travis itu boleh?
hahahahahha

(malam karang masa untuk bersastera!)

Tiada ulasan: