Jumaat, 5 Februari 2010

ok aku rasa rugi.

malam ini malam yang tidak dapat digambarkan betapa gembiranya hati ini.
kerinduan pada rumah sedikit terubat dengan kehadiran aktiviti sebegitu pada malam ini.
aku mungkin agak sinis pada malam ini
seperti kebiasaan bukan? tapi aku rasa malam ini adalah yang terhebat yang pernah aku lalui di uitm kedah. bukan seperti hari kebiasaan yang kebanyakkan masa aku berlaku dengan aktiviti yang sama.
tapi malam ini sedikit kelainan. sedikit kegembiraan jelas terpancar.
ok. malam ini aku mahu membuat pengakuan. aku memang minat sastera. aku rasa sastera adalah hati dan jiwaku, akhirnya aku dapat menyusaikan diri di tempat yang memang aku rasa aku layak digelar sebagai seorang pelajar.

kembali pada pangkal cerita.
malam ini adalah malam kali pertama aku menyaksikan para pelajar di sini meng-ekspresskan jiwa mereka melalui bahasa.
bahasa itu indah. bahasa itu cantik.
sungguh memang tidak dapat disangkalkan lagi.
mereka pandai bermain kata.
mereka pandai bermadah.
mereka pandai dalam serba serbi. aku bangga menjadi kawan mereka. lantas aku tidak malu kalau aku di cap sebagai seorang lelaki yang berjiwa lembut, sial bukan?
pergi mati dengan kecaman mereka? semua orang ada horizon mereka yang tersendiri. ada pandangan mereka yang tersendiri. dan aku rasa melalui bahasa aku dapat mengambarkan keadaan dan stituasi yang sedang aku hadapi kini? meraka merencanakan sesuatu? mungkin?
mereka mahukan sesuatu yang mutakhir? semuanya kita gunakan bahasa bukan?

aku rasa tiada bahasa yang seindah bahasa melayu.
bahasa melayu sangat indah jika diungkapkan dengan penuh emosi, penuh pengamatan tentang sesuatu.
aku rasa lebih mudah bila disampaikan sesuatu dalam bahasa ibunda kita sendiri. lebih retorik.
jika aku? aku lebih mudah menyampaikan semuanya dalam bahasa yang mudah aku fahami.
anda dapat?

sedikit puisi malam ini. hasil nukilan ustaz hadi.
sila dalami maksud dan apakah tema utama puisi in disampaikan.
sangat retorik. dan juga sangat catchy. aku benci! benci!

engkau dan juga aku salin perlu memerlukan.
dengan nama Allah.
yang maha pemurah lagi maha penyayang.
ku termenung di jendela.
ku lihat ada sebuah pancaran cahaya.
cahaya yang kian lama kian hilang jauh.
semakin jauh ianya datang menerjah didalam hatiku.
aku mengimbau kenangan masa lalu.
kenangan dimana ketika itu aku menjadi jahilliah.
aku alpa dengan tuhanku.
aku alpa dengan siapa penciptaku.
aku hanyut jauh..jauh..pergi
sehingga tiada sesiapa pun yang dapat membantuku ketika itu.
kerna..kerna aku dibelenggu akan satu perasaan benci
ya!!!!!!!
aku benci!!!!
aku benci!!!!
aku benci!!!!
aku benci dengan semua manusia.
kau? kau? kau?
pergi!!!!!
pergi!!!!
pergi!!!!!
aku benci!!!!
tapi untuk apa semuanya itu?
untu apa ha? untuk apa? cakap!? cakap!?
kini aku sedar
bukan mudah untuk hidup didunia yang penuh dengan pancaroba ini.
masa yang berlalu begitu pantas sekali.
semakinku pergi...semakin tidak terdaya aku untuk mengapainya.
kerna...aku cuma insan biasa tak punya apa-apa
namun engkau ya Allah
engkau anugerahkan aku satu cahaya
ingin aku gapainya.
tapi makin dekat, makin ku dekat dengan mu ya Allah
kau uji aku dengan pelbagai cabaran.
sehingga ada kalanya tak mampu aku untuk menghadapinya
jauh kehidupan ini.
sedarlah wahai manusia, sedarlah wahai insan
kita hidup hanya sekali
hidup bukan untu berfoya-foya, hidup bukan untuk bersuka-suka,
tapi hidup pasti akan ada penyudahnya
ayuh kita ngembleng tenaga
sama-sama kita berdoa kepada Allah.
mudah-mudahan kita semua menjadi hambanya yang bertakwa.

sungguh sangat mendalam maksud puisi ini bagi aku.
benar kita hidup bukan untuk berfoya-foya
benar semakin dekat kita kepada Allah
semakin banyak ujian yang kita hadapi.....

aku terpaku. aku manusia.

Tiada ulasan: