Rabu, 7 April 2010

kisah!

aku tadi masa prime news di tvs saya emak dan kak ijah sedang menonton televisyen.
tiba-tiba si newscaster itu cakap berehat seketika kembali sebentar lagi.
jadi aku pun menjamah makanan yang mak masak. sedap. sebab aku yang menghidangkan lauk. kau tahukan kadangkala siapa yang menghidang itu adalah lebih crucial berbanding sesiapa yang memasaknya.

masa aku sedang makan mak sedang merehatkan badan di kerusi
tiba-tiba keluar iklan pasal iPhone,
iPhone menunjukkan pelbagai aplikasi yang sangat menarik
nak-nak digi yang buat iklan macam itukan memang berkesanlah.
jadi sedang emak menonton iklan tersebut maka keluarlah salah satu apps tentang mengukur dan kestabilan sesuatu benda, emak menonton iklan tersebut dengan penuh khusyuk. aku masih menjamah makanan dengan penuh selera.
tiba-tiba iklan tersebut di akhiri dengan ayat yang berbunyi.
digi memang penjimatan terhebat.
tetiba mak terdiam dan cakap satu benda.
dik apa benda iPhone nie. macam itulah soalan mak aku.
aku pun terangkan dengan penuh berani.
bla bla.
tetiba mak aku kata
mahal tak? aku jual gelang emak dua. dapatlah sebijik. ok itu tipu.
kakak aku menyampuk, mahal la mak. sampai 2k semua.
aku tanya, kenapa mak? berminat ke?
mak aku cakap nak beli la nanti, tak lama lagi murahlah.
kenapa nak beli?
mak aku jawab dengan penuh kegembiraan

"SEBAB ADA APLIKASI MENGUKUR, PETA SEMUA."
=.=

HAHAHA
OK aku nak komen
iklan digi memang berkesan dan kreatif sampai buat hati para pembeli tertarik nak beli.

dan tak lupa juga semalam mak aku mengigau dia tanya aku.
"adik! kenapa tak tidur lagi nieh!!!!!!! esok nak sekolah.''
sambung kembali tidur
aku.

........

esok aku akan ke sekolah nak ambil sijil spm dan majalah sekolah
secara tiba-tiba kenangan lama mengimbau kembali
shit apa aku nak borak dengan cikgu sekolah esok.
hahahhaa

2 ulasan:

Muhamad A Halim berkata...

apa kaitan ngan digi?
fak?

Tanpa Nama berkata...

mad, dia nak cakap iklan digi bagus. memang. aku setuju. kebanyakan iklan digi tak masuk akal tapi menarik.

hamdan, "kau tahukan kadangkala siapa yang menghidang itu adalah lebih crucial berbanding sesiapa yang memasaknya." haha. ni ayat orang yang nak lepaskan diri sendiri. kau tak masak and maybe tak tolong so kau protect diri kau dengan statement nih. tahniah.