hari ini aku tidak bangun pada waktu pagi lagi
aku bangun agak lewat. jam 12 baru mata terbuka
aku kecewa. kerana pada bulan ramadhan inilah sepatutnya aku tidak terlepas untuk solat subuh. malang hidup aku, mata tewas dek nafsu tidur. sudah dua hari aku terlepas waktu tidur.
malam kelmarin aku duduk termenung di tempat lepak yang aku panggil "the lonely side of tut"
aku duduk lama. nak dekat tiga jam. aku termenung kosong. aku pandang telefon bimbit. tiada apa yang menarik. ialah baki wang pun tinggal rm0.00 kalau ada boleh aku mesej sesiapa sahaja. boleh aku mesej ainah dan berkongsi cerita suka mahupun duka.
semalam, aku nak sangat buat entri baru untuk blog ini. tetapi aku tidak keberaniaan untuk menaip. setiap kali aku pandang skrin komputer mata aku rasa begitu memeritkan. arghhhhhhhh tolonglah jangan rabun. sungguh aku tidak mahu menyusahkan emak. nanti kena buat spek lagi, mesti memakan kos yang besar.
kami bukan keluarga yang berada. kami tidak punya rumah besar. cukuplah sekadar rumah yang selesa peninggalan arwah ayah. itupun aku rasa amat bersyukur. kami tidak membeli baju mahal-mahal. kerana kami tahu kami tidak mampu untuk memperoleh barang-barang sedemikian rupa. aku ingat lagi pada zaman aku kanak-kanak dahulu keluarga aku boleh dikatakan susah. sehinggankan baju raya kami pakai adalah lebihan saudara maraku yang lebih beruntung nasibnya dari kami. masih lawa masih cantik. mungkin sudah out of fashion atau kecil sebab itulah disedekahkan kepada kami. kami tetap gembira menyambut hari raya...walaupun ada kedengaran suara-suara sumbang yang menyebut "macam kenallah baju raya kau nieh!" berulang-ulang kali ayat itu disebut. tapi apakan daya. memang itu lumrah dunia. kita pakai barang orangkan. lepas abah naik pangkat barulah kami dapat merasa baju baru. barulah kami rasa senang sedikit. baju melayu pun mak dah mula tempahkan kepada tukang jahit. sumpah sehinggan kini aku bersyukur gila.
semalam adalah hari berbuka yang paling syahdu bagi aku. baru aku sedar yang ramadhan ini memang benar-benar mengajar kita erti mendalami nasib orang yang kurang bernasib baik. aku berbuka dengan mee maggie(itupun pemberian rakan) serta air kosong. aku lihat rakan-rakan lain sedap memakan makanan yang dibeli oleh mereka di bazaar ramadhan. tapi apakan daya, aku harus berbelanja ikut kemampuan. senja itu aku rasakan maggie itu berasa amat lazat. sungguh lazat. aku hirup segalanya sehingga ke titisan kuah yang terakhir. Alhamdullilah. aku berasa amat kenyang.......sedang aku menginsafi diri sendiri. tiba-tiba telefon berbunyi. kedengaran suara ahmad hafiz dihujung talian.
"hamdan cepat turun ada murtabak aku belikan untuk kau!"
aku terdiam kaku. aku jawab. alah tak payahlah susah-susah. aku dah makan, dah kenyang dah pun
"ah,cepat turun!"
aku redha. aku turun untuk menikmati murtabak. aku ucapakan ribuan terima kasih pada ahmad hafiz. sumpah aku sangat terharu.
ramadhan kali ini benar-benar mengajar aku untuk menghargai antara satu sama lain lebih lagi. aku suka ramadhan kali ini. begitu banyak hikmah dan takdir yang terjadi. harap semuanya hikmah yang baik-baik belaka. aku tidak menangisi semua benda yang berlaku. aku cuma menangisi segala ujian yang aku tempuh kini.
tiket bas sudah aku beli. 5 sept 2010.
sumpah aku tidak sabar. boleh tak kalau aku......aku balik...aku balik rumah dan tak balik-balik sini lagi. serius, aku terasa amat dipinggirkan di sini. sumpah walaupun di rumah kadangkala aku dimarahi oleh emak. dimarahi oleh kak siti dan kak ijah, kadangkala tak kurang juga bang hisyam yang naik angin dan memarahi aku tanpa sebab yang musabab =.='. but what i wouldnt give just to hear those voice and nagging again! aku nak balik. aku nak jadi macam lepas spm dulu, aku duduk rumah dengan mak. tolong mak kemas rumah. basuh kain, sidai kain. biarlah orang nak kata aku macam anak dara ke hapa. tapi sumpah buat benda macam itu memang sangat membahagiakan diri aku sendiri.
aku tak suka dengan apa yang terjadi sekarang
semua sudah berubah, semuanya sudah menjadi tunggang langgang.
aku nak balik. aku nak bangun pukul4 semata-mata nak masak nasi untuk juadah kami bersahur. susun pinggan atas meja. tengah malam kala bosan aku pergi kemas dapur. keluarkan bekas kuih raya. susun pinggan. senduk lauk. sediakan meja. aku nak lakukan semua perkara yang aku lakukan selepas spam
aku nak balik. aku nak dengar lawak kak ijah. cerita kak ijah tika dia menghadapi masa-masa sukar berkerja semasa di bulan ramadhan.
dan paling penting aku nak balik
aku nak peluk dan cium mak
aku nak ziarah kubur abah masa akhir ramadhan nanti. ucapakan salam bersama mak dan menghabiskan masa petang asar itu untuk membersihkan kubur serta membawa air dan bacaan yaasin.
aku nak salam tangan adik beradik yang lain.
dan sebenarnya,,,,pagi jumaat ini benar-benar membuka mata aku seluas-luasnya.
sumpah demi Allah.
"aku rindu!!"
pagi jumaat ini bukanlah pagi seperti biasa lagi. pagi yang aneh dan perasaan yang sangat bercampur baur.
semoga kita menghadapi ramadhan ini dengan tabah dan sabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan