Selasa, 20 April 2010

teman sejati. kalau kau suka. kau akan tahu!

Setiap kali aku menoleh ke belakang
Mencari-cari titik punca keretakan
Ku sedari tak wajar dipersalahkan
Dirimu yang kian ketandusan perasaan

Sesungguhnya yang tersilap diriku sendiri
Menaruh harapan padamu terlalu tinggi
Sangkaku orang memberi kita berbahasa
Tak terlintas susu disaji dibalas tuba

Setiap pengorbanan, setiap pemberian
Ku lakukan untukmu penuh ketulusan
Tiada yang diharap selain kejujuran
Bila diri dikhianati sungguh aku terkilan

Sememangnya bukan engkau bukan dia
Penilaianku dulu dikelabui mata
Namun ku temui hikmah di sebalik trajedi
Teman sejatiku hanyalah Dia yang abadi

-aubrey suwito-

Ahad, 18 April 2010

pilihan





kini aku ada habit baru
bila kau post sesuatu yang boleh buat aku jadi
=.=
yang pada dasarnya aku pernah sebegitu
aku akan bagi anda dua options
pilihlah mana satu yang anda mahu

1. kaki saiz lapan
2. penampar

pilihlah dengan berhati.
hal ini kerana, ini semua melibatkan masa depan anda.

baiklah!

saya rasa saya sudah ada keberanian
semester hadapan saya akan menyertai kumpulan depan
ini adalah masa untuk mencuba semua
serius saya rasa tak sabar
weeeeeeee.

dan berita sedih hari ini
saya menyemak keputusan ke matrikulasi
fine memang saya tidak layak
tidak tepilih
nama tiada dalam rekod.
FINE. MOE. FINE!

nak berdebat. nak berdebat.

izin laluan tang berhormat.

psssssssssssssst:kakak aku baru beli hulla-hoop kini dia sedang berholla. geli aku tengok. =.=

Khamis, 15 April 2010

stalking.

ok kawan-kawan
aktiviti hari ini adalah stalking orang di facebook
saya terjumpa page senior di tempat belajar saya dahulu
wah memang english la dia.
tak pandai cakap bahasa melayu ok.
walaupun secara dasarnya dia memang melayu tulen. yang diberikan nama seperti zizah kepad tiz zaqyah dalam cerita asmaradana.

ok baru saya tahu.
orang-orang hot hanya lepak di tempat-tempat hot.
*hint=mereka tangkap gambar macam myspace ok!*
dari siasatan saya semua mereka hanya tangkapan gambar yang hot yang di ambil secara keseluruhan dari atas. dengan posisi sebegini. mereka akan tampak lebih kurus. dan bekas-bekas jerawat tidak kelihatan. sangat menarik.
mereka juga akan letak caption seperti.
*shuweet tak saya?*
*comelkan saya?*

dan sangat suka bagi komen bila add orang sebagai kawan
*hey. komenlah gambar. nanti i'll hit you back!*
serius aku rasa macam nak hempuk laptop bila dapat komen dari mereka yang suruh komen gambar.
=.=

aku rasa sangat throne bila ada seorang budak add aku dekat mys.
baru tingkatan dua.
dan aku tak tahu apa ke hal dia add ok.
btw, budak itu sangat hot!
aku tak add dia. dia add aku! bahaha

aku tetiba terasa hot.
tapi hot lepak kat nasmir dengan penuh keGELIan.
i HEART hollywood okey!

perasaan yang paling..

perasaan yang paling babi tiba
bila perasaan kau putus cinta
ya aku putus cinta dan patah hati
konklusi aku sedang mengalami dua-dua
aku rasa tersangat loser.


serius aku sedih.

*babi*

p/s=lelaki kool tak komen banyak. macam aku. =.=


Rabu, 14 April 2010

bila anda bersedih.

bila anda bersedih.
jangan terlalu mengikut perasaan.
jangan terlalu emosi.
jangan terlalu berentakan.
jangan terlalu menangisi diri kita ini.

bila kita bersedih.
jangan biarkan diri anda keseorang.
jangan biar diri anda hidup dengan penuh kepalsuan.
terimalah realiti, cuba hadapinya walaupun agak pedih,

dengarlah lagu maher zain
mesti semuanya akan jadi baik
serius aku suka gila dengan dakwah maher zain
likeeeeeeeeeeeeee alllllllllllllllllllll!

Ahad, 11 April 2010

bolehlah.

bolehlah.
aku bukan pandai mana pun nak tinggi-tinggi
tapi tak salah kalau bermimpi dan berimpian.
hahaha. kalau nak dibayangkan jika aku masih duduk kat matriks
haaaaaaaaaaaaaa
sampai mengangkang sampai kaki tercabut pun aku tak pasti lagi boleh dapat mcam itu
teladannya adalah bersyukur dengan setiap pemberian
mungkin ada sebab tuhan tak bagi markah lagi tinggi kan
aku sangat bersyukur dan alhamdulillah
big thanks to syafiq, hanisah, shazlida dan apiz
kerana anda banyak membantu saya, i HEART you guys.
hahahahaha
ok selamat berjumpa di sem dua
dan selamat dapat pointer lagi bagus.


cepatlah 22/04
serius saya tak sabar!
see you again


tahniah kepada semua pre-law!
=)


Rabu, 7 April 2010

kisah!

aku tadi masa prime news di tvs saya emak dan kak ijah sedang menonton televisyen.
tiba-tiba si newscaster itu cakap berehat seketika kembali sebentar lagi.
jadi aku pun menjamah makanan yang mak masak. sedap. sebab aku yang menghidangkan lauk. kau tahukan kadangkala siapa yang menghidang itu adalah lebih crucial berbanding sesiapa yang memasaknya.

masa aku sedang makan mak sedang merehatkan badan di kerusi
tiba-tiba keluar iklan pasal iPhone,
iPhone menunjukkan pelbagai aplikasi yang sangat menarik
nak-nak digi yang buat iklan macam itukan memang berkesanlah.
jadi sedang emak menonton iklan tersebut maka keluarlah salah satu apps tentang mengukur dan kestabilan sesuatu benda, emak menonton iklan tersebut dengan penuh khusyuk. aku masih menjamah makanan dengan penuh selera.
tiba-tiba iklan tersebut di akhiri dengan ayat yang berbunyi.
digi memang penjimatan terhebat.
tetiba mak terdiam dan cakap satu benda.
dik apa benda iPhone nie. macam itulah soalan mak aku.
aku pun terangkan dengan penuh berani.
bla bla.
tetiba mak aku kata
mahal tak? aku jual gelang emak dua. dapatlah sebijik. ok itu tipu.
kakak aku menyampuk, mahal la mak. sampai 2k semua.
aku tanya, kenapa mak? berminat ke?
mak aku cakap nak beli la nanti, tak lama lagi murahlah.
kenapa nak beli?
mak aku jawab dengan penuh kegembiraan

"SEBAB ADA APLIKASI MENGUKUR, PETA SEMUA."
=.=

HAHAHA
OK aku nak komen
iklan digi memang berkesan dan kreatif sampai buat hati para pembeli tertarik nak beli.

dan tak lupa juga semalam mak aku mengigau dia tanya aku.
"adik! kenapa tak tidur lagi nieh!!!!!!! esok nak sekolah.''
sambung kembali tidur
aku.

........

esok aku akan ke sekolah nak ambil sijil spm dan majalah sekolah
secara tiba-tiba kenangan lama mengimbau kembali
shit apa aku nak borak dengan cikgu sekolah esok.
hahahhaa

Selasa, 6 April 2010

tak tahu sebab apa post.

secara seriusnya aku tidak tahu kenapa aku post benda ini.
mungkin aku suka sangat kot dekat alicia keys.
ok masa dulu, masa alicia keys baru masuk dalam industri seni suara Malaysia aku ingat lagu hit dia yang bertajuk "fallin' " serius aku lancar lagu tersebut. sampai ke bunyi2 mulut dia buat suara ooooooooo... semua takdak kerjakan, tapi serius aku minat gilak sama alicia keys.

ingat lagi masa dia datang ke Malaysia beberapa tahun yang lepas.
dia tinggal dekat hotel sunway, dengan gaya yang penuh diva lagi, dengan rambut tocang halus penuh dengan personaliti negro.
aku suka juga lagu dia dengan usher yang tajuk ''MY BOO''!
tapi selalunya dalam facebook kami guna boo dengan perkataan hate you dan dislikes u.

ok misi itu post kali ini, aku mahu cerita tentang lagu terbaru alici keys.
memang korang rasa aku nieh sick bastards sebab aku dengar alicia keys.
yelah mana COOL dengar alicia keys yang cipta lagu untuk WHITNEY HOUSTON dengan lagu MILLION DOLLAR BILLS.
ok kalau itu tangapan korang, korang memang lame, siapa yang dengar pada alicia keys dan whitney houston memang class ok.
serius korang classy gila

dalam lagu baru alicia keys ada lirik dia yang agak best untuk dijadikan quotations bagi orang yang sedang kemaruk cinta @ putus cinta.
tapi sebab utama aku post lagu ini bukan kerana dua sebab di atas, tetapi atas sebab aku rasa alicia keys memang talented dalam mengarang lagu2 cinta, ingat lagi lagu NO ONE dia?
bukan ke best gila babis la susunan ayat dia, if i aint got you lagi. semua puitis, serius bila kau tenung seorang insan yang kau suka dan tetiba dia nyanyi lagu macam tue dekat.
sumpah itu adalah lesen untuk kau bercinta dengan beliau. wow
kalau nyanyi lagu dont stop believing maksudnya kau bersemangat nak bersatu

ok lagu yang uar-uarkan ini adalah lagu yang bertajuk
TRY SLEEPING WITH A BROKEN HEART.
serius lagu ini sweet gilaks.

nak tahu kenapa
amitlah lirik di bawah!

you wore the crown
you made my body feel heaven bound
why dont you hold me, need me?
i thought you told me you'd never leave me

ok sweet kan. bahahaha
itu antaranya, banyak lagi yang dapat dikembangkan pasal lagu ini
tapi aku rasa lirik ini paling gerek!

aku kalau dengar lagu ada dua faktor kenapa aku suka lagu itu best
rentak dan lirik
dan
aku sangat attach pada soul. dan jazz. country pun boleh jugak kenkadang
but in hamdan nazri punya wilayah
alicia keys, celine dion dan GLEE yang control me.
beyonce, britney, lady gaga dan yuna
ingrid michealson dan lain2 adalah pilihan utama!

xoxo.

aku tak kool! bukti?

saya sayang kawan saya seriously.
straight to the point!
ok tadi saya rasa sangat happy sebab saya orang yang ke empat wish ainah untuk hari lahir ke-19 beliau!
yeah at least saya tak lupa macam dulu, bukan lupa tapi terperangkap dalam plkn! =.=
syiling hanya digunakan untuk beli air tin bila balik dari berkawad dan kal emak guna public dengan bertanya
"emak sayang! minggu ini datang bawak deodorant, shampoo dan sabun. dan jangan lupa air mineral sekotak jajan sehamper itu sahaja."

duit syiling hanya digunakan untuk perkara sebegitu
mari aku highlight isi penting untuk hari ini, aku nak cerita pasal ainah!
mungkin ini kali yang ke sejuta aku mencapap untuk ainah di blog ini. tapi serius ainah orang paling aku sayang dalam dunia. dia kawan yang baik ok. maksud aku secara maksumnya dia memang kawan yang paling kool.

ok isi hari ini saya ingin berbicara pasal kool.
apa itu kool?
dengan penuh keberanian terangkan pada saya tentang maksud kool?
kool=sejuk.
kalau macam itulah kepahaman anda tentang kool anda memang sangat "kooL''
aku tak berbicara pasal monyet. mat kool! tapi pasal kekoolan kita semua

masa aku dekat sekolah dulu ada seorang mamat kool
serius dia kool, dia kena rotan dengan kuat oleh cikgu omar selamba je masuk balik dalam kelas
kalau aku dah mengelintin macam si remy kena bagi cili oleh emaknya sebab perkataan pertama dia mencarut adalah *A*I!
kesian remy serius bibir dia macam orang negro.
mana taknya bila emak kau bagi 4ulas sekali makan memang kalah angelina jolie la bibir kau
aku masa dekat sekolah tak kool. aku seorang pelajar yang selekeh pengotor dan besar.
yelahkan bila besar mesti semua diskriminasi tapi bila jalan berkumpulan mulalah kata aku ini bouncer beliau!
dalam hati aku balas
"abah! kaw!!"

aku tak kool, aku suka tidur dalam kelas walaupun aku duduk depan meja cikgu tapi itu tidak menghalang dari menganggu hobi aku. rehat yang cukup adalah penting barulah diri kita sihat ok!
aku seorang pelajar yang cepat gabra, kalau aku tak siap kerja rumah add math! habis satu sekolah tahu nak tahu sebab apa?
sebab cikgu tak minta aku dah pagi tunggu kat meja cikgu tersebut dengan muka pucat lesi sambil cakap
"madam. saya tak siap kerja! saya minta maaf sangat2. dont punish me. please madam!!!!"
aku cakap dengan muka yang bersungguh2. tapi kawan aku yang lain2 kool je bila nama naik dan disuruh berbaring di koridor sebab tak siap kerja, sampai boleh bertepuk bertampar lagi! =.=

aku rasa aku tak kool. kita boleh lihat apa yang berlaku pada aku masa cuti inilahkan.
kau rasa orang kool akan emo ke jika dia rasa terpinggir? tak kan?
tapi serius aku rasa emo. ok salah satu lagi bukti aku tak kool!
dan aku rasa sangat loser bila semua kerja yang aku apply ditolak2 mentah2
ok hina sangat ke muka aku sampai tak layak nak kerja dekat kedai kau itu?
aku rasa sangat loser, kalau kat negara orang putih memang aku HIERAKI PALING BAWAH SEKALI.
nasib baik aku di malaysia!

aku tak kool sebab aku tak pandai main bola, bila main futsal ke hapa pasti posisi aku jadi goal keeper atau tolong jadi guard gol? nak tahu sebab apa? sebab badan aku besar tertutup pintu gol itu sampai bola nak bolos pun tak boleh. aku tak pandai main bola jadi aku bukan tergolong orang yang cool-cool. jawapannya aku redha. asalkan aku dapat main dan buat kawan. =)

aku tak kool sebab aku tak suka berbahasa inggeris. ok aku tak kool sebab aku tak pandai speaking dan dari pemerhatian aku dan perbandingan aku dengan kawan-kawan lain blog aku sahaja yang banyak guna bahasa melayu. aku bukan nak jadi tipikal di sini tapi aku tak pandai nak post dalam bahasa inggeris. banyak grammatical error. so aku tak kool sebab aku hanya cakap bahasa melayu sahaja. bahasa suaka kita, perjadahkan yang lain! banggakan nan satu!

aku tak kool sebab aku banyak makan. semua pandang pelik bila aku banyak makan, sebab hello tolong jaga tatasusila, makan sikit-sikit ok! aku tak kisah la de. bak kata arwah ayah aku, balun selagi kau nak dik! ekau yang bayar. =') abah sangat memahami. sob sob

aku tak kool sebab aku tak pandai bergaya, ok bila masuk u memang aku rasa aku paling selekeh. aku banyak kemeja jadi tiap2 hari pergi kelas aku pakai kemeja. dah itu je yang aku ada jadi pakai sahajalah. berdasarkan pemerhatian aku ramai kawan-kawan di kampus bergaya semuanya. semuanya mengikut trend semasa. kadangkala fesyen pelik pun aku lihat. serius aku suka variasi. tapi jika kau tanya aku apa aku mahukan untuk dijadikan baju berjalan aku akan jawab baju kemeja petak2 boleh?

aku tak kool sebab aku tak pernah belanja orang dan aku tak pernah jadi kawan yang terbaik. secara jujur aku cuba jadi yang terbaik untuk korang tapi aku selalu gagal. maaf aku memang suck ass dalam perkara tersebut. jika ada terkasar bahasa aku minta maaf.

aku tidak kool sebab aku selalu emo. ok aku selalu emo jika aku sudah lama tidak menjejakan kaki ke kampung halaman. dan aku tak pandai nak handle masalah sendiri dan sorok sikap emosi. ok itu sebab aku tidak kool. bila ada masalah habis satu dunia tahu. sebab itu aku tidak kool.

ok cukup.

p/s=korang rasa kalau aku selalu tolong kawan aku habiskan makanan dorang kool tak? =)

ini adalah pengakuan hati yang pecah luluh.
saya cuba menjadi lebih kool sekarang
maka proses penyucian hati akan bermula.
esok hari baru. selamat hari baru.

Ahad, 4 April 2010

aku sangat suka lagu ini. liriknya maksudnya sangat mendalam.

http://www.youtube.com/watch?v=jmBk0QemV84

aku rasa best lagu ini
aku akan cuba untuk belajar gitar dengan jayanya cuti ini
wish me luck!!!!!!!!!!!!!

tiada apa yang mengujakan.

saya bosan tahap infiniti.
memory card ps2 sudah hilang
bermakna bila saya main seasons punya game sampai level tinggi-tinggi saya akan start all over again! walaupun agak sadis di situ tapi ianya memberi impak seperti justice.
maximum happiness, for the maximum number of people! =.=

kini saya seorang sahaja yang terjaga dalam rumah ini
yang lain seperti sedang asyik dibuai mimpi-mimpi indah
well diorang dah ada hidup sendiri
saya pula masih menutup-nutup mata mencari arah saya yang tersendiri.
tak jumpa juga. entah mana hilangnya lampu suluh
semakin lama semakin gelap. yuckssssssss.

masa internet rosak saya sangat gatalkan mahu main internet. tapi bila dah ada saya rasa bosan gila. terima kasih kepada syafiq affandy hasan dan nur hanisah othman kerana menjadi peneman setia ketika internet saya rosak. dan kini anda masih peneman saya. terharu.

kepada kawan-kawan kini saya sudah mempunyai diari,
berblogging sangat seronok begitu juga berdiari. tapi diari uh kena sorok kat tempat yang strategik takut terkantoi macam dulu dibaca dihadapan kelas oleh si durjana yang aku benci dulu tapi sekrang dah lupa siapa.

konflik dalaman berlaku ketika ini, kawan aku cakap cutilah masa kita untuk mengenal diri kita sendiri. dengan cuti juga kita belajar untuk melupakan perkara yang lampau. anda boleh kenang tapi jadikan ianya sebagai pedoman bukan sesuatu untuk anda pendam dan simpan dalam hati.
pergi dapatkan diari anda sendiri, bila anda tidak tahu pada siapa anda mahu suarakan kemarahan tersebut catitkan semuanya dalam diari. bila dah mati nanti boleh diwasiatkan pada orang-orang tersayang.

jika anda rasa diari bukan cara yang sesuai apa kata anda titipkan semua masalah anda di atas kertas kemudian bakar kertas tersebut. anggap semua masalah anda sudah selesai.

bagi cadangan macam ini memang mudahkan.
untuk mempraktikannya.
wow! serius ianya adalah satu tugas yang paling susah di dalam dunia.
apa-apa pun serius saya sedang mencuba langkah2 sebigini walaupun susah bagi saya untuk menjadi jujur dan telus pada diri sendiri tapi perkara sebegini mengajar anda menjadi lebih jujur pada diri sendiri dan orang lain.


siapa kata menjadi jujur mudah?
susah? tapi kalau kita cuba untuk menjadi yang terbaik mungkin kita boleh lakukannya.
saya sedang cuba untuk menjadi jujur. mungkin ianya salah satu langkah untuk saya mengenal diri saya dengan lebih dekat.
i dont judge people saya harap anda melakukan perkara yang sama juga. i just observe them.

berlaku jujur memang bukan sesuatu perkara yang mudah, tapi bila anda cuba. serius ianya akan menjadi greatest happiness bagi diri anda sendiri.
saya agak sedih sejak kebelakangan ini. puncanya tidak diketahui mengapa. hope i wont die in depression.

sudah masuk 2minggu kita bercuti. 8 minggu lagi to go.
mari kita bersama-sama laluinya.

Sabtu, 3 April 2010

kembangkan segala-galanya.

kita kaut, kita lemah.
kita tidak tahu mana satu yang benar tentang diri kita sendiri.
aku tidak pernah mengecap diri dengan perkataan sebegini.

thats how hamdan nazri seize it!

sebab aku tahu, aku tidak pernah seize apa-apa dalam kehidupan.
loser mungkin ungkapan paling sesuai bagi aku.
aku apply dua kerja. ceh dua-dua aku kena reject mentah-mentah.
mungkin aku dihakimi dari segi luaran, mungkin begitu MB dan pizza hut seize it.

aku tak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup.
misi dan visi aku senantiasa berubah, berubah macam cuaca dunia.
aku tidak pernah statik dalam melakukan sesuatu perkara. aku selalu ingin berubah.
aku ingin menjadi seorang individu yang berpendirian.
ok aku nak beritahu anda semua yang aku sudah punya diari.
aku tahu ianya memang awkward bukan.
tapi aku rasa benda sebegini amat menarik.

aku tahu pernyataan ini akan buat sesetengah orang tersentak
tapi percayalah walaupun mereka dah janji senantiasa ada bersama kita
gamaknya kau rasa senantiasa ada ke?
mungkin mereka ada masalah dan tak dapat bantu kita, so kita kena solve sendiri ok!
ini adalah masa untuk menjadi dewasa. dewasa as you can be.

well peeps

THATS HOW hamdan SEIZE IT!!!!!!!
bahahahhahahahaha


malam yang agak pedas.

saya rasa
saya sudah kehilangan segala-galanya
mungkin ini petanda bagi saya agar tidak terlalu mementingkan semua perkara lagha ini
mungkin ini petunjuk darinya. saya pun agak kecewa dengan visi sendiri.
saya bilang saya mampu lakukannya, tetapi serius saya tak mungkin mampu melakukannya.
tak boleh ke saya jadi lagi kejam. =)

sekarang saya rasa sudah tiba masanya saya berkelakuan lebih sopan
saya minta maaf pada semua. saya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.
saya rasa diri dikecam sebegini hebat! kenapa anda tidak kecam saya lagi?
bunuh saya! tepatkan pada jantung, biar saya lumpuh dalam melakukan semua perkara.
tiada makna nampaknya.
keperluan asas ini akan terus menjadi kegunaan seharian
ini adalah masa bagi saya untuk berbakti sebaik mana yang mungkin!
saya takut akan diperkecilkan, di perkotak katikan.
persetankan semua itu. sebab dunia ini langsung tidak kisah pasal diri kita sendiri bukan?
tiada siapa kisah, kalau benar kita sudah kecewa dengan diri kita sendiri. kita biarkan kita terus dibawa dengan arus kekecewaan kerana saya pasti. jauh di hulu aliran nanti pasti ada seseorang yang biasa mengetuk pintu hati kita kembali. dunialah yang dikatakan apa yang kau jangkakan? semua yang akan berlaku telah kau lihat dalam telenovela televisyen yang selalu dihidangkan sebagai saji bagi mata ini. kau jangkakan empat perkara? tapi aku sudah dapat menagak lapan perkara.
mungkin ada yang bertepuk-tepuk tangan bila lihat kita jatuh tersungkur, bila apa yang kita ingini selama ini menari-nari dengan penuh bahagia di depan mata.
kita tikam diri kita sendiri. kita jatuh dengan sendiri, dengan senang lenang kita mahu salahkan orang lain?

kita bangun, kita goyahkan orang sana, kita goyehkan orang sendiri.
bila terpalit pada diri sendiri?
habis semua bahasa durjana kita hamburkan!

sekarang aku rasa bahasa memainkan peranan yang penting.
mungkin ada sesetengah kita terus "goyeh" bila mendengar bahasa-bahasa manis digunakan untuk halwa telinga penyejuk hati.
ada sesetengah kita tersungkur pabila terdengar bahasa-bahasa manis ditanamkan di dalam jiwa dan terus kehati mereka sendiri.
ingat mereka berkokok seperti si jalak! dan kita harus berkelakuan seperti kita sendiri
bukan bangun sebab "goyeh" tapi bangun untuk lawan semula.
kata-kata manis memang bisa dituturkan, cuba kita praktikan?
mampu kita melakukannya?

kalau datang klik pun takpa.

awak comel!
(serius diri kau howt plus comel dan lagi2 datang dengan pakej hebat kalau kau klik sini!)
klik sini banyak2
bahahahhaha

Jumaat, 2 April 2010

walaupun lembab

streamyx aku down 4hari yang lalu
walaupun down.
tapi aku berterima kasih pada pak cik uh
sebab hari sabtu pun dia datang betulkan modem
bahahhaa
lagi satu terima kasih nyanyi lagu rafeah buang dalam rumah tadi
terbangkit terus dari tidur. =.=
yeah saya sudah kembali untuk komen-mengomen hal yang tidak berkaitan dengan saya sekali pun.
hai u ols im back!!!!!!!!
bahahahhaha