Isnin, 29 Mac 2010

bila hamdan jones berkata,

jones, mana kau dah menghilang!
lama dah tak nampak kau! rasa rindu pun ada,
tapi jones kau kenapa.
kenapa kau runsing sahaja jones.
eh jones bukan ke dulu kau cakap kau dah kurus.
kejap-kejap kau hamdan jones kan?
=.=

kau nak aku bunuh jones kau ke?
eh silap kau jones. hamdan jones. nama pun dah sama. alah buat2 bukan plak
aku bukan hamdan jones.
bukan hamdan jones.

Sabtu, 27 Mac 2010

saya akan menjadi lebih sopan sekarang.

memandangkan emak tercinta mengikuti jejak langkah kawan-kawannya yang lain.
maka ingin saya hebahkan di sini, emak saya akan mempunyai facebook.
sekarang saya akan lebih bersopan di facebook!

SAYA SAYANG EMAK SAYA. =)

Jumaat, 26 Mac 2010

if you own a platoon. dont tell me, tell your mak cik.

tak payah singkap @ selak apa-apa tentang diri kau
kau kan seorang individu. kau tahu mana yang baik dan mana yang buruk.
kalau kau tahu apa yang kau lakukan sekarang adalah perkara yang buruk jadi mengapa tidak kau amik inisiatif berhenti dari melakukannya.
jangan serang orang, serang orang kau perlu ada perisainya.
sila berasa segan. segan membuatkan kita mempunyai nilai keperimanusiaan.
jikalau kau tahu kau memiliki kawan yang terhebat, kau tidak perlu risau, sebab kawan yang terhebat senantiasa ada untuk membantu kau.

bila kita mereflek benda ini dari sudut yang positif maka apa yang kita gambarkan akan menjadi salah satu perkara yang ajaib di dunia. horizon dunia ini luas. jangan terlalu mudah untuk bermadah! buka mata! luaskan horizon anda, jangan nanti anda terbelalak sendiri bila lihat horizon dunia yang sebenar.

kita harus berjuang seperti maron.
mempunyai akal fikiran seperti chipanzi jika benar kau ingin tahu siapa diri kau yang sebenar.
dunialah dikatakan.
TOLONGLAH DUNIA!!!!!

tipikal dan palsu. sarcasm dan sarcastics. antonim dan sinonim. melakonlik dan melodi. metafora dan hiperbola. semua membawa maksud yang berlainan.
jangan menjadi terlalu tipikal bila membuat keputusan
jangan bilang
dunia ini kejam
tapi fikirankanlah dan renung kembali
siapa yang membuat dunia ini menjadi kejam
dan siapa yang menjadi kejam kepada siapa sebenarnya.
jika kita melakukan kebaikan, jangan harap orang akan melakukan perkara yang sama pada kita.
secara jujur, tipulah kalau aku titipkan aku tidak pernah berharap.
tetapi bila lagi besar kau mengharap! serius lagi kurang peratus kau mengdapat apa yang kau menharap
kau nak tahu apa konsep yang pegang
jangan minta emas jika kau bagi emas dekat orang lain
tetapi besar kemungkinan
bila kau bagi emas orang itu balas tahi
betol tak?

=)

kan aku dah cakap dunia ini kejam. bila kau tanya mengapa? rumah ada cermin? cermin diri sendiri.

ok fine aku mengapa.
kadangkala aku pun buat dunia ini jadi kejam.
bencilah!
bencilah!
bak kata kawan aku

eiiiiiii, gelilah dengan kaw!

p/s=ok aku HEART semua orang. HEART gila-gila!

Selasa, 23 Mac 2010

TIRU ORANG JAP!

just i read his blog for the third time. the language yang dia guna make my me wanna to
*raise both eyebrows vigorously!*
he talking about dream in his latest entry.
so sapik aku nak amik idea kau aku nak jugak cerita tentang dream. =.=

dulu masa kecik aku selalu kena sisih, nak tahu sebab apa sebab aku terlalu manja. dengan siapa entah aku pun tak tahu aku manja dengan siapa perasan manja adalah!
aku dulu bersekolah di kawasan pendalam. kampung chennah orang panggil. mereka kata tempat itu tak bertamadun, tapi aku rasa ok apa! dimana aku dapat belajar mengaji bersama tok baha dan mak ngah dara. sempat jugaklah aku jatuh cinta dengan anak tok baha, syikin! comel bai. walaupun kak aku cakap syikin selekeh dan macam-macam lagi. tapi dah suka nak buat macam mana. buruk mana sekali pun bila hati dah terkunci memang tak boleh buat apa la.

ok bercerita tentang dream. instead writing this entry in english i am more comfortable to sampaikan this stroy in bahasa melayu. my english tak bagus. GCE-O pun dapat 5C!

aku ada impian. impian aku taklah besar mana. takat nak jadi kaya macam brad pitt je dan mempunyai isteri macam dia juga, angelina jolie!
ok tipu.

dulu masa UPSR aku berharap dapat 5A! tapi aku agak bodoh dan hanya dapat 1A4B!
tak macam adik beradik aku lain. semua dapat 4A1B.
aku sorang je tersesat dapat 4B1A! bak kata kawan aku
"hamdan dalam setandan kelapa uh bukan semuanya elok, pasti ada satu yang rosak!"
*aku terdiam* janganlah aku jadi macam itu.
bila masuk PMR plak

kakak aku-8A1B
abang aku-4A4B
aku -2A6B

adik beradik aku cakap akulah pengumpul B terbanyak.
nak buat macam mana, B dah agak sebati dengan hidup aku. aku redha.
masa SPM aku lupa dah keputusan dorang!
yang penting aku still dapat tak secemerlang mana
tapi aku berpuas hati dengan apa yang telah aku usahakan.

impian aku.
aku mahu jadi seorang yang berjaya. aku ingin graduate secepat mungkin. aku nak dapatkan 1st class degree, jadi dapat terus serap kerajaan(well mak aku cakap kerja kerajaan bagus, so i will stick with that.)
lepas kerja, aku nak kumpul duit. kalau boleh aku nak bawak mak aku duduk sama-sama. tiap-tiap minggu kita balik kampung mak.
lepas itu kawen. aku nak kawen sebelum umur 28. kalau susah sangat nak cari awek, suruh mak kakak abang tolong carikkan. cinta boleh dibina kemudian.
nak anak ramai. kalau boleh kembar, kalau boleh lelaki dan perempuan seimbang.
beli kereta mpv yang boleh muat satu keluarga. kereta kecil dua bijik sama jenis dengan no plat cinta. 143.
duduk dekat kawasan yang aman. kalau boleh dikawasan yang aman.
nak anak masuk kelas tahfiz, sekurang-kurang2 2 orang anak tahfiz al-quran.
buat rumah dekat kg. pencen. duduk dekat rumah kg.
buat haji satu keluarga.
lepas itu kerja dengan RTM.

ok cukup. itu impian aku. aku tak mintak lebih, sebab aku tahu kalau kita mahukan lebih maka usahanya pun perlu lebih! usaha aku tak sehebat mana, aku tahu potensi dan prestasi diri sendiri. but i will tried to seize it. i mean to the fullest pontential!
aku tak tahu macam mana nak kembangkan cerita impian macam syaffandy(klik sini)
buat. bahasa dia best. bacalah!

p/s; tahu tak apa kerja RTM?



REHAT TUNGGU MATI!(RTM)

for the sake of humanity i will kill you.

ok tajuk entry kali ini tidak ada kena mengena dengan apa yang saya mahu utarakan kali ini.
tangan aku sedang sakit sekarang! sangat sakit. hal ini membuatkan aku tidak bersemangat dengan untuk melakukan tugas-tugas bibik sementara.
tangan aku sakit! aku kena ketuat. dah nak dekat seminggu aku letak ubat duroflim. gila ajaib la weih ubat nieh! sekarang nieh nak terkupas2 dah ketuat aku!
cepatlah elok. benda macam ini buat aku tension. shit gila tak selesa.

semalam aku baru apply kerja dekat MARRYBROWN.
kali pertama weih kerja part time. so amacam ? boleh ke tak aku dapat?
aku apply for the part time.
bukannya full time.

semalam aku isik borang.
proficiency aku agak kurang dalam bahasa orang putih.takat say hi, may i take ur order. take away or dine in boleh la aku tanya,
aku takut bila orang tanya, may i have mee kari with extra vegie.
i will reply.
do you want mawi world on it too sir?
yelahkan mawikan duta MARRYBROWN.

MIAHAHAHHAA

ok kawan.
quick update, hari khamis esok aku nak keluar berjalan2 bersama teman.
tak sabar, dan emak pula ada mak cik2 day out ke terengganu.
2hari. maknanya aku tinggal sorang lagi. =.=
kak ijah kerja.
kak siti dah berumah tangga dan duduk di rumah dia sendiri.
bang isham, ada dekat UM. kelas memanjang
aku-cuti 3 bulan, bawa haluan sendirilah. heeeeee
aku harap aku dapat kerja dekat MB itu.
sebab kak ijah dah janji nak jemput aku kalau aku ada shift malam.
miahahahahhahaha

tak sabar nak jumpa kumpulan GELI esok
kami nak rempit ke MID VALLEY.
esok makan carls junior. heeeeeee

p/s=ramai kawan update status facebook mereka, mereka dah mula rindu UiTM. aku tak tahulah, natural sahaja. aku harap pointer aku lepas 3.00 pun jadilah. aku tak harap banyak. sebab aku tahu usaha aku tak sebanyak mana so tak boleh berangan besar nak dapat 3.50 and above kawan semua sila doakan diri masing-masing dan orang lain juga ya.

Sabtu, 20 Mac 2010

jauh la siot.
tapi kau nak kena tendang ke nak kena lulus bersyarat!
kau pilih ah mana satu. tapi aku nak bagitahu kau, peluang yang kau nak jangan kau buang macam kau buang tahi. kau ingat senang nak dapat kos yang engkau suka. weh, gelilah weih. susah la!

ok aku buat keputusan dan aku berhenti matriks.
kini aku sudah habis satu sem di uitm kedah yang berbau sangat wangi ini. =.=
durjana punya bau.
kini aku dah habis exam bagi semester satu.
dan aku rasa agak kurang siuman sekarang sebab apa yang buat bukanlah yang terbaik.
ok aku tak pandai, FACE IT!
carry marks rendah! bila buat essay dah cantik2 aku tulis dengan pena hitam dengan tulisan bulat2 ha amik kau balasanya 'dia' mencontengnya tanpa apa-apa rasa kesalahan! dahulunya kertas yang suci macam dah kena bunuh dengan colek-colek merah oleh si 'dia'.
kasihan! kan aku dah cakap aku tak pandai, so FACE IT.

masa daftar kat sini aku masuk lambat, pagi sabtu itu selepas farewell dengan kawan-kawan matriks aku siap-siap kemas barang dan terus pergi menebut ke pulau pinang. esoknya itu baru mendaftar ke kedah. kedah negeri yang aman. ok luaran memang aman. mental, emosi dan fizikal aku tak aman dekat sini. rumah jauh! aku homesick. tiap-tiap minggu aku rasa nak balik! kadangkala aku harap yang pada masa dahulunya mak aku ada bela doraemon. yolahkan boleh bantu den nak balik rumah makan makanan tanpa sakit perut dengan pintu sesuka hati!

sekarang dah habis sem! dan sekarang aku agak kagum dengan bilik aku! serius bersih! kau nak tahu siapa yang kemas?

MAD bai!!!!!!!!
penat dah aku jerit esok nak kiamat! esok nak kiamat! sebab mad yang kemas bilik.
tapi aku harap tak. sebab aku nak balik.
jenuh dah mata aku menenung 4dinding nieh
apa yang ada? sekadar sawang! dan aku nak balik.

balik ini aku ada cita-cita. aku rasa aku boleh lakukannya. bukan pasal kes thinsphire! tapi pasal lain. aku akan cuba buat.
dan aku akan rindu semua kawan-kawan dekat sini. tak kisahlah yang aku masam ke, yang aku tak bertegur sapa ke. but still! aku rindu. you made my day! dan aku rindu team rempit a.k.a
GELI!

tak dapatlah kita nyanyi lagu DONT STOP BELIEVIN' sama-sama lagi lepas nieh!

apa pun!
have a nice holidayss guys!!!!!!
gonna miss you guys a load!!!!!!

i need to take my bath now.
dan si dia itu bukan surat cinta balasan cemuahan dari perempuan yang aku suka.
cukup jika aku ulas dari MADAM-MADAM yang pakai beg tangan berjenama.
sebut je apa! semua ada.
ha-ha-ha

Rabu, 17 Mac 2010

GLEE

sejak kebelakangan ini team rempit wa semakin tergila-gila dengan cerita GLEE
serius semua orang start nyanyi buka mulut besar-besar macam nak makan pisang setandan.
kami pun dah mula berlatih untuk buat group GLEE masa semester dua nanti.
series cerita GLEE sangat addictive! balik ini aku nak tunjuuk kat kakak aku sampai dia tengok sampai lebam.

ok selasa lepas kami pergi buat latihan group GLEE
serius seronok.
sekarang kami rasa macam geli dah tiru konsep kumpulan rempit kiteorang plak.
kalau GLEE ada gambar tahunan untuk majalah sekolah!
kami pun adalah, nak tengok?

*scroll down*




ini pulak muka group GLEE.

*TERLALU FORMALKAN?*

jadi kami ada buat sedikit modification dalam group kami
walaupun tak seformal mereka, tapi kami ada cara tersendiri untuk tangkap gambar kelas.
kami ada buat modification untuk nama group kami.

BUKAN GLEE TAU!

TAPI

*GELI*







walaupun nama raihanna.

walaupun nama dia macam raihanna.
semestinya dia tidak akan berkinja-kinja seperti raihanna.
kerana dia KINANA bukan RAIHANNA.






cu dan rindu bau masam kau la weh.
miahahhahahaha

jika aku ada kuasa telepati.

aku baru dapat assignment dari kawan sediskusi. suruh aku baca bab tiga pasal CSC. aku kena baca kewajipan khabar mereka. esok kena terang pada 5orang kawan sestudy yang setia. nombor kami tidak spesifik. ada naik ada turun. lihat pada keadaan. selalunya diskusi kami bermula pada pukul 8pagi dan diakhiri dengan mamak pada pukul 6petang. ok itu masa duit aku masih ada lagi RM360 dalam bank. sekarang semua mimpi indah yang dulu. aku dah rasa kurus sekarang. makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. dulu aku ada kuasa telepati. aku selalu tahu dalam kelas aku kawan mana yang bawa BEKAL. aku akan hidu makanan mereka dengan penuh keghairahan, mereka tahu itu hint. secara tidak langsung aku akan dapat separuh makanan mereka. makanan mereka mewah bhai!!!!!! bawa nuget kowt. aku memang tak boleh bla. bawak drumet je.

seharian berada di sekolah buat aku berbau sangat *wangi*
dulu aku selalu rembat minyak wangi akak aku masa pagi2 aku nak pergi sekolah
aku ingat lagi masa kakak aku baru lepas kahwin. dia dapat hantaran minyak wangi mahal. kadang2 senyap2 aku pergi sembur dua tiga lelas kat badan.
gila das wooooooooooo!

sekarang dah akhir sem. aku tak berani nak cucuk duit dalam akaun bank. banyak sangat yang aku nak lakukan dengan duit uh.
terlalu banyak. sampai aku letak semuanya rahsia.
yang penting ahad nieh aku dah mula cuti.
aku balik dengan team rempit.
hahaahhaa
boleh usha awek cha.
nisah kau jangan nak mengada2 la an.
kau pergi usha mamat. biar minah aku yang usha. cukup kau dah shazlida sebagai social partner kau.

dan sekarang aku semakin lupa mana perginya kuasa telepati aku.
aku nak cuba buat duit pakai blog. aku dengar cerita si seorang blogger terkenal mampu menjana RM3000 hanya dengan memblog.
jangan kata pakai blog je boleh buat duit. apatah lagi kakak sulung aku masuk facebook tiap-tiap hari pun dapat RM100.
MIAHAHAHAHHAHAHAHAHAA

aku rindu team telepati masa kat batu kikir dan DUMA.
sekarang aku sedang membina kuasa lingkaran rempit di kawasan telepati baru.
anyone. tolong popularkan blog saya.
perlukah saya jadi seperti lady gaga untuk menjadi popular?



Gila hapa aku nak tutup pusat pakai cellotape?
Kalau aku buat macam itu BEYONCE nak berduet dengan aku tak? boleh aku panggil beyonce Honey Bee.

SWEEEEEEEEEEEEEEEEEET BHAI!!!

owh perempuan manis aku nampak pakai baju kurung masa ambil MTC016 ritu.
shit muka dia masam. nak je aku bangun dan tanya.

KENAPA HONEY BEE????????

entri bergambar.










Selasa, 16 Mac 2010

serius seronok walaupun paper belum habis.

ok sejak kebelakangan ini aku dah rasa macam jadi anak ikan la plak.
serius aku rasa begitu. segan la pula dengan kawan-kawan.
serius mereka sangat baik dan aku sangat termakan dan terhutang budi dengan mereka.
owh sejak kebelakangan ini aku rasa agak tensi dan stress.
segala urusan diplomatik akan dihentikan seketika.
kita mula pada sem2 nanti. jangan bimbang, sem2 nanti akan jadi biasa balik semua.

ok tadi kali pertama aku pergi nengok sunset.
pergi tanjung dawai. dan kali pertama dalam sejarah aku speechless walaupun lagu kesha tick tock berkumandang!!!!!!!

DAMN. aku sempat ambil gambar kat jeti.

dan oh ya, kali pertama kami buat perkara gila sama-sama dengan jerit pada pengantin yang sedang tangkap gambar dengan ucapan!

SELAMAT PENGANTIN BARU.

BEST WEIH SAMPAI TERSENTAK PAK CIK YANG SEDANG MEMANCING KAT JETI UH
MIAHAHAHAHHA

*GAMBAR*
*sepatutnya jadi macam nazi tapi sebab budak
lain ianya bertukar menjadi mimpi ngeri membau
ketiak satu sama lain. ketiak shaz paling busuk!*
*hanisah sedang memandang muka sapik
dengan penuh perasaan cinta. spread the love guys.*
*jeti next top model. habis cun la tue cha?*
*serius best gila lepak kat sini. sampai shaz terkencing-
kencing dalam seluar sebab takut kena tinggal!*
*muka nak masuk majalah times*
*cover EP album shaz dan nisah, cintaku diambil
oleh NUR dan lelaki rahsia!*
*dan aku still maintain macho dengan gaya penuh
berkarisma sebagai pelakon yang masuk majalah
people!*
*weih kau penyibuk! aku tak kenal kau.*
*saya bukan kamu*
*gaya next top model. sepatutnya upload gambar anas. tapi
terlalu dewasa pula gaya yang digambarkan!*

Ahad, 14 Mac 2010

new gadis on my list!!!!!!!






LADY GAGA!!!!!!!!!!!!!!


I LOVE YOU!!!!!!!!!!!!!!!

open sharing,

if u say a word about me im gonna kick your ass real hard!!!!!

stud your mouth with my hand, and slap your face like i slap a bitch!

hahahaa.
ok ayat atas sesaja menganjing.


BEYONCE dan BRITNEY SPEARS!
selalu dihati.
kau dah tengok dalam video klip telefon?
gila ah GaGa dengan BEYONCE. memang superb bai!
aku ingat lagi BEYONCE cakap dekat LADY GaGa.
"GaGa you've a very bad bad girl!''

ps:BEYONCE, GaGa tak jahatlah! GaGa unik.

nak tengok gambar menganjing GaGa dengan BEYONCE?
*SCROLL DOWN*






SAYA SAYANG EMAK SAYA. (dengan ayat warna-warni)

sekarang wa dah ada team rempit.
shazlida dan nisah team repit simpang.
malam kami bertiga kasi tepek wang atas jalan, rembut siapa sampai simpang dulu rembat duit!
selalunya team rempit united wa lah selalu menang cha.
pakai rxz bhai. wave dengan lc kasi rempit bising satu dataran la weih.






*GAMBAR INI TAK BERKAITAN*


menarik kan.
team rempit mari kita cuba.
buat benda ini selamanya.



i HEART you my friends.
i mean all of my friends!!!!!

Jumaat, 12 Mac 2010

tak perlu nak menghentakkan kaki.

satu kali aku jumpa
dunia macam nak terbalik dah
sekali aku datang dunia macam aku yang punya
SUDAH!!!!!!!!

JANGAN NERAPIK LAGI.
YANG PENTING KINI SUDAH MENDUDA
SERONOK BUKAN?
JUM PARTI!!!!!!!

MIAHAHAHAHAHAA

i HEART everyone!!!!!!!!




*jangan sampai aku cucuk mata kau dengan garfu!!!!!!!
*truism about me. thinsphire me please!!!!!!!!!!!!

Khamis, 11 Mac 2010

sembang lu bikin wa bimbang.

ish apa nieh, tak sabar nak cuti!!!!!!!
cepatlah exam tamat.
tak sabar nak jadi bibik kemas rumah.
jumpa emak. tidur sepah-sepah dekat rumah!!
dan jalan-jalan sama adik beradik lain.
dan saya akan dapat anak buah baru!
yeah,! kinana akan ada geng.

Selasa, 9 Mac 2010

not in my car!

cepatlah habis final exam! nak balik! nak duduk dekat rumah! nak makan
banyak tanpa memikirkan kos yang perlu dibayar! boleh main internet 24
jam. boleh makan masakan mak. boleh kacau kak ijah. boleh kemas rumah
boleh tengok kinana. kalau bang isham balik dan kak ijah tak kerja
boleh jalan-jalan.

DAN HARI INI KEHIDUPAN SAYA BERKISAR DI PERPUSTAKAAN LAGI.
DOAKAN SAYA BERJAYA UNTUK MTC016:INTRDUCTION TO MALAYSIA GOVERMENT AND
HISTORY.



DOAKAN SAYA KAWAN-KAWAN.
DONT LOSE FAITH.
I HEART EVERYONE.

Jumaat, 5 Mac 2010

enough said.



currently with them
shaking some arse dalam discussion room
aiyo pening ma.
hope semua usaha kita diberkati tuhan ok!
thanks for everything.
doakan kejayaan bersama.

p/s=credit to shaz(straight to your arse) aku cilok gambar ini dari blog kau.

hahahahaahhaa
nama tak payah tahu.
kami semua lahir kat hollywood ok.
enough with the flash light!
rasa nak muntah dah!

shaz bila nak tunjukkan chihuahua kau dekat aku?
miahahahahahahah
yesh!!!!!!!!!!

aku menang dalam membahan kau.

AKU ADALAH JUARA!!!! JUARA!!!!!! JUARA!!!!!!

nisah kau kena sokong aku!!!!!!!!!!!
shaz dah ada lina joy.
miahahahaha

Rabu, 3 Mac 2010

satu-satunya pengecualian

hari itu aku berjanji yang aku tidak akan mengungkapkan lagu-lagu cinta.
jikalau ianya benar tidak wujud, ya aku tidak akan menyanyi lagu cinta lagi.

tapi sayang sejak bertemu dengan kau

ianya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

mungkin aku tahu jauh di dalam sudut hati aku cinta sejati mungkin tidak pernah wujud bagi diriku.
dan aku harus mencari arah yang lain, untuk mengajar diriku menjadi bersendirian hidup tanpa kau atau aku harus meneruskannya walaupun sakit untuk aku terima.
dan kini aku akan selalu dan terus hidup sebegini.
hidup dalam keadaan selesa dan selalu menjauhkan diri dari orang lain dengan alasan yang sangat sempurna.
dan aku berjanji pada diriku sendiri yang hidupku akan dipenuhi dengan kesepian.
tiada semua yang aku lakukan untukmu tidak setimpal dengan risiko yang akan aku terima.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

aku berpegang teguh pada realiti kehidupan, tapi aku tidak boleh melepaskan segalanya di hadapanku dengan begitu mudah.
aku tahu suatu hari nanti bila aku tersedar, kau akan meninggalkan aku.
pada tika itu aku bangun dengan keadaan penuh terpaksa.
kau meninggalkan aku dengan bukti yang membuatkan aku percaya yang kau akan meninggalkan aku selama-lamanya. ini bukan mimpi. tapi kau bebenar akan meninggalkan diriku ini.

tapi bila berjumpa dengan kau, semuanya menjadi satu pengecualian bagi diri ini.

dan kini aku sedang belajar untuk menerima segala-galanya

kau satu-satunya pengecualian bagi diriku ini..

Selasa, 2 Mac 2010

redha

hidup ini dikelaskan kepada dua
berwawasan mahupun tidak berwawasan
tetapi aku tidak tahu apa yang mahu aku perjelaskan di sini
aku bukan seperti maron yang hebat tika bertarung menentang musuh
jauh sama sekali jika aku layaknya mahu kau samakan dengan parajurit yang terkorban berjuang demi negara tercinta. aku insan biasa yang hidup dengan wawasan yang masih samar-samar noktah!

aku masih ingat puisi seorang sasterawan terkenal negara sebarang
habis terang gelaplah gelita, begitulah tajuknya. sungguh optimis semangat mereka berjuang untuk negara sendiri. mereka menyebarkan propaganda dengan telus sekali. dengan harapan setiap nyawa yang menduduki muka bumi tersebut untuk melepaskan tanah air tercinta mereka dari genggaman penjajah durjana. sungguh tinggi semangat juang mereka. aku kagum.

aku berasa agak kaget sejak kebelakangan ini.
dengan harapan yang menggunung sudah habis aku rencanakan yang aku bakal menjadi seorang insan yang agak telus dalam menghakimi seseorang. khabarnya begitulah. aku seperti sang emas yang semakin hilang serinya, hari demi hari semakin pudar warna tetapi masih menyimpan sedikit nilai kemewahan di dalam hati yang lagi hina ini.

wawasan aku semakin hilang. semangat yang dulunya berkibar dek warna merah yang menyala semakin merah jambu jadinya. semuanya semakin pudar. dada yang dulunya telah aku sematkan dengan pelbagai kata semangat, semangat hilang gamaknya di bawa arus angin entah ke mana hala tujunya selepas menghempas tujuh lautan yang aku pun tidak pasti di mana penghujungnya.

masa tidak mencemburui kita, masa juga tidak mempunyai hasad dengki kepada kita. tuhan telah mencipta 24jam masa dengan secukupnya, dari serba serbi tiada apa yang dapat kita komentarkan lagi dengan masa yang sudah diciptakan sejak azali lagi.
aku cuba menggunakan masa sebaik mungkin. tetapi aku selalu gagal dalam menepati janji. pada awal dinihari bangkitnya aku dari subuh sudah ku maktubkan janji dalam diri yang aku ingin lakukan segala-galanya pada hari ini, tetapi ianya selalu berakhir aku tewas di atas bantal. aku dapat rasakan wawasan aku dalam hidup semakin pudar. aku redha dengan segala pernyataan ini. tetapi haruskah aku menyerah kalah begitu sahaja? sedangkan begitu banyak masa lagi untuk aku memperbaiki segala kelemahan di dada jika di izinkan oleh Allah.

semalam lebih dua jam aku berdiskusi bersama teman sefakulti.
aku rasa itulah kali pertama aku sangat telus dalam menyampaikan apa yang telah aku fikirkan selama ini.
susah bila mahu dikenangkan kembali pasal diri kita sendiri bukan?
manusia makhluk tuhanyang paling kompleks.
amat kompleks.
iya kita kompleks kerna kita mempunyai perasaan.
akal fikiran yang sempurna.
dan hasad-hasad dan sifat-sifat yang bisa menabrak dalam diri setiap manusia.

kita manusia bisa menuturkan janji manis.
tetapi bila kita mahu melaksanakannya?
susah bukan?
kompleks jika mahu diproses semula.
oleh demikian, bagus jika kita simpan janji manis itu. dan simpan ianya dalam hati. biar hati dan diri anda sahaja yang tahu apa janji manis anda tersebut.
aku tidak pernah termakan dengan janji manis kawan-kawan yang baru aku kenal dalam jangka masa yang singkat. serius aku tidak pernah meletakkan harap dan mengharap mereka akan mengingati janji manis mereka tersebut.
hal ini kerana kita semua tahu manusia selalunya berkata tahi. tahi busuk bukan? jadi jangan percaya.

hidup perlu ada wawasan! kalau tidak ada bagaimana pula?
bukankah dalam metafora hidup ada dua jalan yang telah tersedia.
jalan hitam mahupun jalan putih!
sila pilih mana satu yang anda suka.
jika anda mahu jadi pekerja di HARRIOT! owh saya persilakan anda pilih jalan hitam.
jika anda mahu dikenang sebagai insan yang mulia hatinya, dengan hati terbuka saya bantu memimpin tangan anda ke jalan yang putih.

kita ada dua pilihan. signifikan kita selalu di beri satu pilihan sahaja. jadi make it wise.


SEBELUM AKU LUPA.
DEKAT TEMPAT AKU TINGGAL, KUALA PILAH.
ADA PERIBAHASA BAGI ORANG YANG SUKA MENABUR JANJI MANIS.
NAK TAHU APA KAMI PERI-BAHASAKAN MEREKA...?



"MULUT MANIS, JUBUR MASAM!"

=p