Selasa, 30 November 2010

gelak guling-guling!

pernah tak terlintas di minda kau. kau pergi post party dimana semua artis kena lalu red carpet dan tangkap gambar dekat wallpaper yang bawak nama event tersebut. tapi bila kau panggil dan  jerit nama mereka
angkat lengan.



-disconnected-\
-terus pengsan-
-bulu ketiak penuh-



*jum gelak guling guling semula! kah kah kah-

dailythought!

"Hari demi hari, saya semakin sedar siapa diri saya yang sebenarnya. hari demi hari saya semakin sedar yang saya sudah tidak lagi "terdesak" seperti yang disangka. hari demi hari saya dapat merasakan dunia semakin seimbang dan setara dengan saya. hari demi hari saya dapat rasakan yang saya perlukan diri saya lebih berbanding saya perlukan orang lain. saya perlukan keluarga lebih berbanding orang lain.....dan kerana hari demi hari inilah saya lebih selesa mencorakkan personaliti dan diri saya sendiri kerana kebaikan diri sendiri dan bukan sesuatu yang saya lakukan untuk orang lain....dan bukanlah untuk diterima dan dicap sebagai seorang yang "cool" "taiko" dan "pelbagai" oleh orang lain...."

                                                   -Hamdan Nazri, Harper Bazaar. 12,2010-

terjumpa and i reblog it.

definitely the best quotation ever.

i like and i love the way she sing this song.



pada masa ini, hanya gadis ini sahaja yang bisa buat hati berbunga-bunga.
a lot like love!
love her red hair do!

tetapi dia juga yang selama-lamanya saya sayang!

taylor swift and rihanna
love both of you!
muahahahahhahaha

Isnin, 29 November 2010

impian kali ini.

agar saya mendapat bentuk badan seperti ini semula
agar saya dapat kembali segak sebegini semula
masa ini mak nasihatkan kepada saya
"ok dah jadi pelajar matrikulasi. jaga diri. jangan makan banyak-banyak tengok plkn dah banyak bantu kuruskan badan tue, jaga makan."

selepas menasihiti dan membebel panjang lebar
emak. bang isham dan kak ijah pun berlepas ke cameron highlands 
saya tinggal di gopeng dengan lambaian air mata
oh yaaa saya sangat rindu zaman matrikulasi
hari-hari pakai formal
bila masuk u ke kelas boleh pakai jeans
wohooooo

kalau boleh nak masuk PLKN semula
tanaklah kawad dan semua-semua
just nak join PT pagi serta latihan intensif senaman
yang membuatkan pada masa dahulu saya kehilangan berat badan sebanyak 10kg dalam sebulan. T_T
sobs sobs sobs

diam.

"encik hamdan tunggu saya nak tanda tangan!!!!"

encik hamdan balas
"silakan.!"

post yang agak lewat.

raya haji disambut dengan meriah pada tahun ini. walaupun kehadiran para ahli keluarga tidak diletak pada tahap meriah tetapi ingin saya tegaskan disini. tahun ini adalah hari raya yang sangat super-b.

ya terasa seperti berada di negeri pantai timur pula sebab meriah sangat raya pada tahun ini
walaupun agak sedih sebab kakak sulung tidak pulang untuk merayakan bersama tetapi, syukur alhamdulillah. semuanya berjalan dengan lancar.

dan abah sudah dua tahun anda meninggalkan kami semua.
pasti dari sana anda dapat melihat kami ceria meraikan hari raya qurban di sini. tetapi jangan risau, sampai bila-bila kami masih seorang insan yang sangat berbangga ber-bin-kan nama anda. kami tekapkan nama rupa watak dan sifat anda tersemat indah di hati dan benak kami. serta setiap doa kami, andalah menjadi isi terpenting. doa kami tidak berkesudahan untuk-mu wahai abah. semoga tenang dan aman di sana. semoga rohmu ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi-NYA al-fatihah.

kepulangan tahun ini. =)

nazri's family. baju merah adalah kawan kakak saya. and i looked so huge. -.-

nak tahu dulu masa lepas sanding my mak tangkap gambar satu family dekat tempat ini juga,
 dan seperti biasa tahun ini kami dah rebus usus tenusu lembu dah
kalau tak dulu, mesti arwah abah bersemangat buat semua tue, sup gearbox dan sedut sum-sum tulang guna straw. heh. walaupun saya tak makan semua itu tapi...itulah keunikkan hari raya aidiladha bagi kami sendiri.

assalamualaikum.

dan oh ya. selamat pengantin baru kepada pak cik sahaja Amirul Bahri Malek sebab baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihan hati. semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.
=)

i missed my hommies
i missed my moms
i missed my sisters and brother

and the most important thing is, i missed my mower. i missed my mom's lawn. where every evening me and my moms will spent lots of our times there. oh. it would be great if kuala pilah just a minutes from here. =(

salah eja

hai kengkawan sekalian
aku mahu bercerita sedikit tentang kesalahan salah eja
aku punya ramai anak buah. tetapi yang sah datang dari akak aku hanya dua
yang lain semua datang dari akak saudara
anak buah aku yang juga merangkap kepada anak kedua mak long aku agak aktif. mana taknya masa aku pergi melawat rumah dia kira-kira sebulan yang lalu aku gelak guling-guling bila tengok set televisyen dia sudah mendapat nama dan jolokan baru.
aku tak tahu nak cerita macam mana
tetapi setiap kali aku view balik gambar tersebut pasti aku akan gelak guling
ha nah aku bagi kome semua tengok hasil anak-anak buah aku sekelian

*ha nak tanya rumah kau ada ke jenama tv SOMNY?

kau ada? tak ada uols.


lepas nieh nak beli set peti televisyen beli jenama SOMNY
jenama tempatan yang terbaik!

*ok sambung gelak! bagagaga

Jumaat, 26 November 2010

back to december

semakin rasa saya semakin suka akan keadaan sekarang
diam. terbiar. jalan mengikut langkah hati. dan bila orang bertanya itu ini saya akan menjawab. mungkin ia tidak. dan paling popular. "maaf. saya tidak punya wang!"
kelmarin saya selamat ke merbok. walaupun saya pulang dengan hati yang kecewa dan terpaksa. tetapi saya tahu sesuatu yang baik sedang menunggu saya di sini. sesuatu yang bakal mencorakkan masa hadapan dan wawasan saya pada masa hadapan. mungkin terasa agak annoying bila anda harus pergi dan pulang ke tempat yang jauhnya 500KM(kira-kira) dari rumah dan duduk disini dengan berbekalkan doa dari ibu bapa, adik beradik serta impian dan wawasan.

maaf saya teruja untuk pulang ke merbok
pada masa yang sama juga saya lebih suka jika pada tika ini saya berada di rumah
duduk bersama emak. sambil bermain facebook bersama.
dan pada petangnya pula kami akan bersama-sama mengemas laman rumah. saya memotong rumput dan emak pula mengemaskan apa yang patut. apabila senja kian menjelma kami akan duduk di bangku malas sambil menunggu kepulang kak ijah.

malam pula makan bersama
oh bahagianya kalau ada dekat rumah sekarang
you can call me anything now!
but all i need now is my mom! my kakak! my abang and whatsoever

currently
-missing home real bad-

kalaulah dalam poket ada lagi dua keping rm50 dah lama aku beli tiket kereta api dan meluncer laju pulang kerumah!.
no matter how long the journey!
but once you reach home.
semua kepenatan akan hilang
and thats what we called heaven in earth
home i  miss you.
=')
part 3 and JPJ test
please be gentle with me

PLEASE FLY FAST!

Isnin, 22 November 2010

sabar

apa pun yang berlaku dalam hidup kau
haruslah kau sabar dan tabah menghadapi segalanya
sebab semua yang berlaku ada hikmah ok!
*senyum*

Ahad, 21 November 2010

terim kasih.


my sister bought me a new phone!
thank you sisters. i love you
walaupun i masih tak past lesen
tapi uols tetap hadiahkan i that phones
ok rabu ini i akan buat dengan hati hati dan lulus
dan ingat, telefon itu kakak yang belikan. kalau aku nak beli? jangan harap baru ada duit sikit dah berbelanja macam tak pernah berbelanja.


oh ya nak tanya
"kau ada amik test jpj sampai tiga kali?"

serius aku bangang gila
aish menyusahkan orang betul aku nieh
aish.
malam rabu nak balik kedah semula dah
wei mixed feeling gila
aku tanak balik kedah!
aku nak balik kedah!

konklusi!
aku nak duduk rumah dan tanak balik kedah
terseksa jiwa batin aku duduk sana!
lebih duduk rumah. walaupun mak selalu bebel! tapi itulah yang best!
kalau duduk rumah
tak payah sampai nangis-nangis rindu dekat mak
rumah dan adik beradik lain


*ok hamdan selamat memulakan semester baru. dan dan dan kepada semester 3 please be gentle and nice to me! i loveeeeeee you.



luluslah JPJ rabu ini. =/
tolonglah. lepas uh nak beli tiket and tengok harry potter!
woots woots whoopsey!

Khamis, 18 November 2010

sibuk

minggu yang sangat sibuk
buatkan otak menjadi tepu untuk menulis
segala imiginasi untuk berkarya terbang begitu sahaja
semuanya menjadi abu bila berhadapan dengan komputer


oh esok lepas subuh mahu bertolak ke kelantan
hantar abang sepupu pergi merisik
teman pak cik kahwin!
wohaaaaaaaaaaaa
habislah aku makan nasi dagang sampai tersentak perut
nak pergi rantau panjang nak borong semua barang yang aummmmmmm



ok mak meh sini loan RM300!
gahaha

Isnin, 15 November 2010

mengila!

oh sekarang saya sedang mengila dengar lagu dari


KASABIAN!

WOHOOOOOOOOOOOOO
EPIC GILA!

tahap pemikiran yang sangat modest

tidak banyak yang ingin dibicarakan pada ketika ini
dengan poket dibiarkan kosong serta keadaan badan yang semakin kurus membuatkan hati ini tidak duduk diam. walaupun duit didalam poket diletakkan pada paras merah yang sangat kritikal tetapi baru petang semalam emak telah membebel dengan penuh bermadah. katanya perbelanjaan saya pada bulan ini melebihi perbelanjaan yang sepatutnya ketika berada di kampus. oh mak baiklah saya akur...hal ini kerana emak telah membelanjakan lebih kurang *rm*(nilai wang dirahsiakan hanya untuk saya retest lesen) maafkan saya kerana menyusahkah emak.

seperti biasa kehidupan seperti ini tidak seperti sediakala. tidak begitu sempurna tidak juga menyedihkan! cukup sekadar sederhana. menariknya pada minggu ini anak anak perempuan bersatu puan norriah telah menghadiahkan saya apa yang saya inginkan selama ini
terima kasih banyak banyak kakak
terharu sangat
nak nangis dah

nampaknya rakan-rakan sekampus tak kira yang junior mahupun bakal bergelar senior sem hadapan sudah mula mengupdate status mereka

"arghhhh malasnya nak balik merbok!"
"arghhhh tiket balik SP dah habis...."
"arghhhhhh boleh tak kalau uitm extend cuti!"

yang pasti realiti sebenar mereka kena juga pulang sebelum 21 ini
tidak seperti saya yang akan melangkahkan kaki dari rumah ini tepat pada jam 11pagi 26 november ini
perasaan sebenar memang tak sabar nak balik merbok, dengar cerita dah banyak berubah. ahahha
yang pasti ini adalah semester terakhir saya disana
gembira plusss sedih
diharap akhir ini saya boleh melakukan yang terbaik!

eeeeee
rasanya
rasanya
badan saya dah gagah macam micheal phelps.

-bersambung-

Rabu, 10 November 2010

grenade.


Grenade lyrics


woots surat cuti tak hantar lagi
uitm tak kal lagi
matilah dahlah barang dalam setor banyak gila
janganlah pakcik uh keluarkan barang aku
saya balik lambat seminggu sahaja
balik nanti saya terus amik barang

jpj

saya malas nak bermadah
ok saya gagal bukit. saya pernah lulus setahun lepas. tapi sekarang dah gagal pula.
jalanraya yang saya pernah gagal alhamdulillah dah lepas
aisshhh.
mungkin gabra lebih. takpalah ada hikmak tak lulus
mungkin kalau lulus memang panjang langkah saya
mahu setiap minggu ke UKM melepak dengan ainah sampai lebam
ok teruskan
saya lulus JPJ jalanraya dengan bergaya. alhamdulillah. dapat 17/20. walaupun dengan selamba masa uturn buat dua line.
nasib baik abang JPJ kita kool. dia senyum-senyum kelat! yang pasti harus konfiden.
BAHAHAHAHHAAH

oleh demikian saya telah apply cuti untuk menyambung cuti sem sehingga 26/11 ini
24/11 ujian untuk bukit sahaja.
23/11 ini saya akan berlatih bersungguh-sungguh balik semula
jujur saya katakan sini...yang tadi gabra gila. BAHAHAHHAHA. bila dah sampai kuning pijak clutch dan pemecut. adeh!....bangang!
kesah habes. tapi saya kasihan akan "iron woman" saya iaitu emak tersayang
masa lepas SPM dulu dia hanya bayar RM600
kini nak dekat jumlah keseluruhan untuk mendapat P pelaso ini makan duit dah RM1200. -.-
panas telinga bila ummi tersayang cakap
"lebih baik bayar duit muka kereta, adik adik....."
ok mak saya minta maaf..

banyak betul dugaan.
saya bangkit jam seawal 5.00pagi
jangan cerita malam sebelumnya. tak dapat tidurlah. siap solat hajat dan yaasin. mesej semua manusia. rasa annoying gila. maafkan saya.
maybe Allah have answered my prayer, but just half of it. and the other half. i have to work a little bit harder.
insya-Allah i can do it..
naik bas jam tujuh pagi.
sampai dekat melang. "boooom" bunyi meletup. argh tayar bas meletop berpeluh-peluh tekan telefon suruh kak ijah tumpangkan saya di melang. bila duduk termenung sambil tunggu kak ijah kunjung tiba. tetiba rasa ketiak basah.

owh man!!!!!!!!! sebab nervous sangat....ketiak pun lupa nak letak deodorant
ditambah nervous berpeluh ha. amik kau. keluar macam air paip peluh.
telefon kak ijah balik. tanya jika dia masih dirumah. suruh amikkan deodorant....kak ijah kata
"i almost there", sempat lagi cakap
"kau pehal tak pakai odorono? kau ingat kau wangi?"
-.-
macam $@^#&$%&^(*^()
sampai je kak ijah bukak beg tangan dia kelimbah. mana tahu tersesat odorono dia
malang. dengan penuh keyakinan saya amik tisu pelembap yang berbau lavender
*kak ijah gunakan sebagai nak buang mekap*
ambil dua helai dan lapkan pada ketiak. insya-Allah tahan
tahanlah juga sampai tadi
cuaca hari ini sangat baik. redup sahaja
malangnya nasib tidak menyebelahi saya
takpalah.
yang penting cuti saya dah sambung seminggu
syurga duduk rumah
24 ini test semula
on 23rd berlatih balik
sekali nie nak mintak air tawar jangan gemuruh sangat
ok saya sedang kecewa pada masa yang sama bersyukur sebab jalanraya lulus
wohooooooo
ok kecewa plus gembira
alhamdulillah.

dan emak saya sangat minta maaf...sebab terbanyak sangat pakai duit
esok tak perlulah kita makan tengah hari di jalan TAR
makan insaf semua.
takpa.

oh kak ijah and kak siti have spoken
they said
get your P first
then you'll get your blackberry
thank you

no more excuse adik!


ok redha.

nak baca tips macam mana nak hilangkan perasaan gemuruh.


Selasa, 9 November 2010

hari rabu

adalah hari keramat di mana ianya menentukan sama ada saya
menjadi seorang Pemandu yang bertauliah
adalah juga hari keramat untuk saya mendapat blackberry


ya Allah permudahkanlah segala urusanku esok
diharapa akan dapat P dan blackberry
owh ya tak ya
semalam saya dah bernazar. kalau saya buat latihan memandu dan bukit tak undur, undur cuma sekali.
saya akan puasa nazar selama sehari

alhamdulillah. sekarang puasa nazar terkumpul dua.
satu sebab pointer tak jatuh ke paras 2.99-puasa nazar
satu sebab sudah dapat menguasai buat bukit.-puasa nazar

seterusnya
kalau dapat P esok saya akan puasa nazar selama sehari
dapat MUET band4. saya akan puasa nazar.

4hari semuanya. yang pasti saya harus langsaikan dua ini.

ya!!!!!!!!!! saya mampu melakukannya.
doakan kejayaan saya.
=)

Isnin, 8 November 2010

slam slam oh hot damnnnnnnnnn!

tadi kelas memandu sebelum menduduki TEST JPJ pada rabu ini
parking dan tiga penjuru insya-Allah boleh buat. malangnya bukit. arghh tak sukalah pakai kasut putih itu masa kelas driving!


kenapalah aku cuai sangat tertinggal kasut biru dalam kereta kakak sulung. those white sheos dont works for driving!
arghhhhhhh

bukit you are my greatest fear now. i used to passed these test, tapi sebab terlalu ignorance sangat pasal nak retest jalanraya so i have to start all over again. damn damn.
esok hari terakhir praktis. nak buat bukit je. until i get the steps for balancing the clutch and the accelarator!
dan tolonglah kenapa aku nieh darah gemuruh sangat! kalah orang yang bernikah! hello hamdan you're driving a car. not an aeroplane. dont be a such damn ass. put that all aside. banyakkan selawat. and yes you can do it. afterall ianya adalah sebuah kereta. sebuah kereta.  hamdan. chill pill. chill pill!

oh dan masa driving tadi ada jumpa seorang kakak.
selepas putusnya tali kipas kereta memandu. ahahah. not my fault. dah nasib.
duduklah lepak bawah pondok menunggu
and she asked me
"whats wrong with you car?"
i replied with slow monotone voice
"entahlah tali kipas putus..."
"oh i see. pity you."
then dia bangun. dan sambil panggil
"dewi. dewi"
nama kawan dia. so mereka pun bertukar kereta
rasanya kakak itu macam *wreng sikit*
nak tahu kenapa saya cakap macam tu?
bayangkan dia berlatih naik bukit untuk tujuh kali
dan each time she passed the waiting station.
mesti dia jerit

*dewi* *dewi* dewi*
ahahha aku tak boleh tahan dah
untuk kali ke enam
aku pandang muka insan bernama dewi
dewi buat reaksi dibawah:

"cuba kau bayangkan senyum dengan nampak gigi penuh dan tata tata kepada kakak dalam kereta tue persis macam artis"
ahahahhahahaha.
terus aku gelak besar-besar!
bahahahahaha
dewi pandang aku terus buat nengok-nengok fone.
BAHAHHAHAHA


esok masa latihan aku nak jadi macam kakak tuelah
tapi yang pasti aku tak panggil dewi dewi lah
aku nak panggil

*cik mat*
*cik mat*
*cik mat*
kau rasa cik mat tata tak aku macam kak dewi tata kawan dia?

BAHAHHAHAHAHA

owh ya tadi beli nasi dagang semasa tunggunya cik mat datang jemput, semua pandang slack sebab aku makan dekat bas station sensorang sambil botol air yang mak bekal letak dekat sebelah. jimat tak payah pergi seven e beli air mineral.
sedap weih nasi dagang tue, sangat sedap. nak nak kari ayam dia. kawwwwwwwwwww gila kalah mamak dekat nasmir buat.
tetapi masa sedang beli aku tertanya.
perlukah bila kita menjual makanan pantai timur dan kita harus berkomunikasi dalam bahasa tersebut
aku selalu pergi pasar malam. beli nasi kerabu. beli laksam. yang aku dok pelik yang dah jual semua tua. tetapi kenapa bila berbicara pasti akan cakap dalam slanga dan telor yang pekat dalam bahasa yang signifikan dengan makanan tersebut?
ah persetankan. asalkan tunas rasa aku tergoda dengan masakan mereka.
oh ya tak ya. esok lepas tamat kelas memandu nak suruh cik mat hantar dekat mall la
nak tengok wayang cerita estet sensorang. wohaaaa caramel pop corn besar dan cokes.
here i come babeh


mika speaks for me.

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.

Wake up in the morning, stumble on my life
Can't get no love without sacrifice
If anything should happen, I guess I wish you well
A little bit of heaven, but a little bit of hell

This is the hardest story that I've ever told
No hope, no love, no glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

2 o'clock in the morning, something's on my mind
Can't get no rest; keep walkin' around
If I pretend that nothin' ever went wrong, I can get to
my sleep
I can think that we just carried on

This is the hardest story that I've ever told
No hope, no love, no glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wasted
And I'm wastin' every day

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

A Little bit of love, little bit of love
Little bit of love, little bit of love

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
To live the rest of our life,
But not together.

*thanks mika!

Ahad, 7 November 2010

hurm


"I seldom think about my limitations, and they never make me sad. Perhaps there is just a touch of yearning at times; but it is vague, like a breeze among flowers."
-cekup dari older wall post dengan kawan.-
=(  (klik emoticons)
i do wish the same things happen to me.


shazlida mohd shafee
kalaulah kita anak tan sri
pasti kita dah minta extend sem
lepas uh minta dekat bapak dan mak kita 'AMERICAN EXPRESS'
fly to paris. stay there for a month.

buy gucci prada hugo dan LV
balik sini mintak penthouse
dan start all over again!
kan best!


*teringat impian kita masa dalam library di saat getir pada malam itu kita akan menduduki test library. HAHAHAHA

displin menjana kecemerlangan

berwawasan dan tidak mahu cinta
itulah motto yang saya canang-canangkan semenjak akhir ini. kadangkala saya rasa geli dengan motto dan visi terbaru bagi diri ini tapi apakan daya saya ingin juga melakukan perubahan. perbualan dalaman dari orang lain mungkin agak menganggu saya sejak kebelakangan ini. sangat sinis komen mereka semua. tetapi saya menghormati hak keperibadian mereka. jadi biarkan mereka mengekspresikan luahan kritikan dan komentar mereka sendiri

cuti semester semakin berakhir. sudah cukup rasanya saya menghabiskan masa dengan melakukan perkara lagha. tiada apa faedahnya membazirkan masa adalah. kini saya mahu melakukan perubahan mengikut kepada perubahan.

displin menjana kecemerlangan.
semester hadapan saya ingin menjadi lebih berdisplin. sudah cukup rasanya saya meninggalkan zaman nerd geek dan noob. kali terakhir saya berbuat demikian adalah ketika di tingkatan lima. dengan tali lahir ditarik kemas. dan kolar baju dikamcing rapat kepada tahap yang semaksima mungkin. kadangkala ada juga rasa sesak nafas. tapi saya tidak kisah! yang penting kita berdisplin. biarlah kita tidak pandai tidak menyerlah tetapi perkara utama yang dititik beratkan dalam setiap perkara adalah displin.

tips-tips pada semester hadapan.

1. oleh kerana saya akan menjalankan aktiviti bakti siswa pada semester hadapan(insya-Allah) saya ingin menjadikan aktiviti luar kampus yang melibatkan para mahasiswa asasi undang-undang khususnya terbaik mungkin. justeru itu, saya akan berjanji pada diri sendiri untuk menyelesaikan semua tugas sebelum tibanya tarikh akhir. saya ingin melakukannya sesungguh yang boleh. doakan saya berjaya.

2. saya selalu gagal untuk tidur awal. facebook selalu menjadi godaan utama. walaupun tiada notifications malangnya saya masih mahu online kerana ingin....*siapa yang addicted tahulah* eeerrr. teruskan. semester hadapan saya ingin tidur seawal jam 10.30malam. mengikut kajian dari universiti luar untuk tidur yang sempurna kita harus tidur sebelum jam 12.00. ok ini perkara paling payah untuk dilakukan. tapi saya akan cuba. pengecualian untuk hari minggu. di mana saya boleh berparti.

3. bangun awal. sekurang-kurangnya sebelum jam 7.00pagi. saya ingin bangun pagi kerana saya ingin mengajar untuk lebih berdisplin dan seboleh-bolehnya tidak mahu meninggalkan solat subuh(insya-Allah). selain dari itu juga saya mahu dapat markah lebih dengan datang awal ke kelas.

4. luangkan masa untuk bersenam. cukup tiga kali hari seminggu. tiga puluh minit setiap sesi. err errr rasanya harus mula bermain futsal semula. jadi gol keeper pun sudah memadai. untuk nampak cergas dan berperanan sikit. lompat-lompatlah sambil jerit. go go go. tugas satu campur dua. "gol keeper dan pom-pom boy"!

5. simpan duit. saya akan cuba untuk menyimpan sebanyak rm10.00 setiap minggu. err errr errr. dengan cara ini saya boleh jimat wang dan berdiet.

6. buat past years awal-awal. nanti masa study week baca skrip jawapan je*evils laugh*. terima kasih senior atas nasihat ini, saya akan cuba praktikan.

7. semester hadapan juga adalah semester akhir keberadaan saya di kedah. Ok sem last. jadi saya ingin berkawan dengan semua. bermesra dengan semua. dan mengenali seramai manusia yang mungkin! saya sukakan kepelbagaian. saya suka kawan yang ramai. kerana ianya boleh membuatkan saya berfikir lebih luas dalam personal skills dan communication skills.

8. akan mencuba menjadi lebih taat pada suruhan agama. (insya-Allah) saya boleh lakukan. akan cuba menjadi lebih rajin untuk mendalam ilmu fardhu ain dan merajinkan kaki ke PI. saya akan cuba melakukannya.

displin menjana kecemerlangan
kini saya cuba menjana kecemerlangan saya sendiri
kerana tiada siapa yang mampu membantu diri anda sendiri jika bukan anda yang memulakan langkahnya.
mungkin setiap orang memerlukan pemangkin untuk mereka berganjak dari kehidupan sekarang
saya rasa saya sudah jumpa pemangkin saya yang tersendiri. terima kasih kerana bantu saya membuka mata tentang erti sebenar Allah meminjamkan kita nyawa yang sangat berharga ini.


oh ya tidak ya.
rabu ini saya akan menduduki ujian JPJ.
saya mahu menjadi normal.
*bak kata kakak sulung. "zaman kini hanya orang tidak normal je yang tiada lesen memandu"
jadi saya ingin dapatkan P. cuak jangan kata. pernah gagal sekali. dan saya tidak mahu gagal lagi.
saya mahu memajukan diri sendiri.
doakan saya berjaya mendapat P
amin
tolonglah saya merayu pada semua
esok kelas memandu pada jam 9.00pg
saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun!

*p/s:selalunya kalau tekun sangat otak akan letih. naik je bas, toggle button play dekat iPod. terus tertidur sampailah depan rumah. kesah habes! yang pasti saya mahu berjaya


Sabtu, 6 November 2010

penakut.

semasa menunggu kepulangan akak ketiga.(nampaknya dia membawa pulang tetamu bersama)
sebelum menunggu masaknya nasi untuk disenduk ke dalam mangkuk jeluk
sebelum tunggunya masa untuk menunggu masaknya lauk ayam dan disenduk masuk ke dalam mangkuk jeluk. saya sempat menjelajah youtube. (perkara biasa)
dan terjumpa salah satu lagu yuna dari album terbaru beliau yang bertajuk "penakut"
menarik saya rasa. sungguh menarik liriknya
saya tahu lagu ini dah lama.
mari kita lihat secara dekat liriknya.

Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Chorus
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga

Tidak adil tidak adil baginya
Ulang Chorus
Bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

menarik bukan.

alamak nasi dah masak.
lain kali cerita,
bye.

Khamis, 4 November 2010

hamdan nazri.

pada umur 26tahun saya akan ada janji temu pertama. pada umur 30tahun mungkin saya sudah berumah tangga. insya-Allah. selamat bercuti semua

*currently at mcdonald senawang! waiting fer my sister yang baru sahaja done with the padiecure and maniecure thingy. -.-. owh sister thanks fer the shirt. sedang duduk berangan di sudut kedai sambil pandang pasangan suami isteri melayan kerenah anak dan mak ayah mereka. couple yang sangat bersopan santun dalam kaedah pergaulan! keep it up. bersatu kerana Allah. berpisah jua kerana Allah.*


insya-Allah i will have a very stable life, dan hidup dalam dunia saya sendiri yang wataknya hanyalah saya dan manusia lain di dunia fana ini
besar bukan skop tersebut.
sudah pasti dunia dan akhirat bukan watak utama. tetapi ianya lebih bertindak sebagai plot dan tema dan masa-masa tertentu. 
ia juga bertindak sebagai pentas lakonan. pentas yang menyaksikan segalanya berlaku
watak utama masih saya hamdan nazri
yang hidup berdasarkan ketentuan. dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik!
insya-Allah


*bertawakallah sesudah kita merencanakan sesuatu*


to my almost and non-existence lover.


LOVE YA TO THE BITSSSSSSSSS.

pengumuman pertama.

"saya hamdan nazri ingin menjemput anda menjadi fasi bagi program bakti siswa anjuran bersama law fiesta untuk semester depan. do you have what it takes to be a fasi? come join us. mari kita berkhidmat untuk komuniti! ayuh mahasiswa kita mampu melakukannya."

Rabu, 3 November 2010

result semester ini

walaupun tak selawa macam sem lepas.
walaupun tidak melebihi 3.5 tetapi alhamdulillah.
ini sahaja kemampuan saya. semester depan kena buat lebih bagus

dapatlah
3.00
kah kah kah
cgpa semasa
3.20
bel 260 dan 313 dua-dua B+
LIBRARY DAN LAW B-
PHYSCOLOGY B

memang aku ini diva B!

pi mai pi mai tang tu.

tadi masa sedang berbaring santai dirumah kakak. teringat kenangan lama semasa baru pulang dari sekolah rendah. pada tika itu ais kepal yang dijual rm0.50 secawan dijadikan peneman semasa berjalan pulang ke rumah. kami bukan datang dari kalangan keluarga yang berada. tetapi alhamdulillah. cukup untuk kami memiliki kehendak dan keperluan semasa.

semasa zaman sekolah rendah. emak membekal saya wang saku sebanyak rm1.00 satu hari. pada waktu rehat saya hanya makan kuih muih saja. kdangkala nasi lemak yang berharga rm0.50.(sangat jarang rasanya mahu letak telur sekali. kerana mahal harganya dan terpaksa berjimat untuk ais kepal ataupun jajan-jajan yang pak man jual serta cikidies cikidies yang sangat awesome rasanya.)

pulang sahaja dari rumah. memang mak akan mula dengan syarahannya.
"adik balik terus susun kasut! buka stokin! sebelum makan pergi mandi. dah makan bersiap ke kelas mengaji cik zai. dan terus ke kelas KAFA.!"
begitulah rutin seharian. mungkin kadangkala sebagai kanak-kanak yang dengan terujanya ingin mencuba sesuatu yang baru. kadangkala saya tertanya-tanya juga.
"mak boleh tak kalau adik mahu ponteng sehari. cuma sehari.."
jawapannya seperti biasa,
"jangan nak mengada-ngada! bersiap dan pergi ke sekolah sekarang!"

selalunya pulang sahaja dari sekolah. masih ada ruangan masa sebanyak dua jam sebegitu,
waktu-waktu sebegitu akan saya habiskan menonton televisyen. tika itu zaman astro sedang melanda. sedang jiran-jiran lain dengan banggannya memasang prabola berwarna kelabu. kami sekeluarga tidak begitu. masih bangga guna ariel yang tercack menegak di hadapan koridor rumah(kami duduk rumah flat) kadangkala arwah abah akan berkata:
"adik tunggu tengok tv. abah nak pusing ariel cari stesen yang lebih jelas!"
ahahaha.

aku pun berkomunikasi dengan jeritan sama abah!
"ha sikit lagi bah. sikit lagi. ke kanan pula. ha kiri sikit! ok cantik!"
dan terperuklah kami dalam rumah menghadap televisyen. selalunya tv3 sahaja yang memberikan siaran yang cemerlang. terima kasih.

sitkom kegemaran. pastilah "pi mai pi mai tang tu"
"siaran rancangan ini telah dirakam di studio cinematics!"
serius sampai sekarang akan saya ingat studio mereka bersiaran, kadangkala akan bertukar ke "ukm mahupun impian kajang"
tapi selalunya sitkom "pi mai pi mai tang tu"ini sangat sinonim dengan studio cinematics.
ianya boleh diibaratkan sebagai signature tersendiri rancangan tersebut.
serius saya terhibur menonton pi mai pi mai tang tau tengahari tadi,
dulu angelina tan-lah menjadi wanita pujaan.
dan gaya pemakaian pak uda sangat kelakar. bila dikamcingkan baju kemejanya pasti akan senget sebelah! mana taknya punya isteri pulang, duduk ke kampung. bila ditanya mengapa mak uda tidak menetap sama. ujurnya. "mak uda takut duduk rumah flat. manusia dilihatnya dari atas saiz cacing kerawit!"

terbahak-bahak saya ketawa tengahari tadi.

ada pula pak busu dan mak busu. empunya warung. selalunya pak uda dan pak busu akan bertekak. tapi bila sudah lama tak jumpa rindu pula. realitinya mereka kawan baik dalam erti kata lain. alah sedangkan lidah lagi tergigit. apatah lagi kawan baik. kadangkala ada juga perasaan cemburu mencemburui.
bini pak busu ialah mak busu lakonan wan maimunah. emas jangan cerita. boleh bengkok tengkuk bila rantai disarungkan. entah berapa ribu dihabiskan untuk membeli rantai sahaja.. emas gelang tangan pula sampai kelengan. kalau ada enam jari. mahu keenam-enam jari disarungnya cincin. haha. lawak.
lucy lakonan angelin tan pula pemilik salon. rebutan budin. raju dan abu.
malangnya sehingga tamat musim terakhir pi mai pi mai tang tu, lucy masih tidak memilih sesiapa untuk menjadi raja dalam hatinya. sepertinya terbawa pula badi tidak berkahwinnya itu, sehingga kini masih tidak bertemu jodoh. mungkin sedang menunggu saya. bahahhahahahaa

tetapi yang pasti pi mai pi mai tang tu adalah suasana sebenar realiti masyarakat flat berdekad-dekad yang lalu. kini kita seakan-akan terlalu mementingkan diri sendiri. tiada lagi sifat masyarakat seperti pak busu mahupun pak uda. walaupun suam-suam kuku dalam perhubungan tetapi mereka masih mengambil berat antara satu sama lain. masih lagi bertegur sapa. bukan macam sekarang jiran sebelah pun tidak kenal siapa mereka. apa kerjaya mereka. kadangkala jangan itu sahaja.tidak keterlaluan saya katakan kalau jiran sebelah kita sudah meninggalkan alam pun kita tidak kita ketahui.alahai betapa ignorance-nya kita semua akan benda-benda asas dalam berkomunikasi. saya bukan apa. tetapi jujur saya katakan disini saya adalah seorang yang suka menyapa orang lain. walaupun saya tidak kenal mereka. tetapi dengan satu senyuman cukup untuk memulakan sebuah perhubungan persahabatan yang insya-Allah akan bertahan selama-lamanya. saya suka menaiki kenderaan awam. bukan apa. saya suka melihat perangai manusia yang pelbagai. kalau boleh saya ingin menyapa sesiapa sahaja yang duduk di sebelah saya. pernah sekali saya berborak bersama seorang mak cik dalam perjalanan pulang dari sentral ke seremban menaiki ktm. seronok rasanya mengetahui serba sedikit. bila berborak saya seolah temui cara baru dalam berkomunikasi. untung rasanya duduk di malaysia.

apa-apa pun seperti kata falsafah yang tidak dikenali,
"dunia berputar pada paksinya. saya berdiri pada pendirian saya sendiri"
rasanya sudah tiba masa kita mengambil kembali gaya hidup zaman dahulu.
alangkah bagus. jika "pi mai pi mai tang tu" dilakonkan semula.
tapi yang pasti tiada penganti pelakon sehebat mereka.

signature pi mai pi mai tang tu. seronok!